03 March 2017


MALAIKAT DUNIA

Is, sudah lah tu pergi ke kelab malam. Apa yang kamu dapat dekat sana! Dapat dosa sahaja! Kamu dah tak kenal halal haram itu apa ke? Kamu dah tak sayang mak? Suara puan Khadijah semakin sayu. Air mata tuanya tidak mampu dibendung lagi. Dia sudah tidak tahan dengan sikap anaknya yang saban hari tidak tumpah sama seperti anak mat salleh. "Ya Allah, bantu lah aku mendidik anak ini. Janganlah Engkau tarik nyawanya ketika dia jauh daripada-Mu Ya Allah." Doa puan Khadijah di dalam hati.

Ala mak ni, Is masih muda lah! Is dah besar! Is tahu apa yang Is buat. Is tak puas lagi nak enjoy. Nanti kalau Is dah dapat hidayah, Is berubahlah,” balas Iskandar dengan kasar. Sudah bosan dia mendengar bebelan emaknya. Setiap kali dia pulang malam, ada sahaja suara orang tua ini. Bila agaknya hidupnya akan aman. Marah Iskandar apabila emaknya hendak mendekati dirinya. Dia ke sana pun ingin menghilangkan stress. Air teguk syaitan tidak pernah setitik diminumnya. Apatah lagi melakukan hubungan terkutuk. Dia masih ingat lagi apa itu halal haram. Cuma malas sahaja dia hendak berbalah dengan emaknya pada saat itu.

Puan Khadijah hanya membiarkan anaknya memasuki bilik. Hatinya terus beristighfar memohon pertolongan daripada Allah. Sejak suaminya meninggalkan dirinya, anak sulungnya mula berubah menjauhi dirinya. Tiada lagi panggilan sayang buatnya. Hanya amarah yang dia terima.

Is Khairul hanya melihat drama abangnya dengan emaknya. Tidak sampai hati dia melihat emaknya yang menitiskan air mata. Hatinya seolah-olah tersiat setiap kali air mata itu jatuh. Tidak tahu mengapa abangnya berubah begitu ketara. Dimanakah abangnya yang dahulu? 

Abangnya yang sering membuat dirinya dan emaknya bahagia. Setiap hari ada sahaja bahan jenakanya. Dia lah seorang lelaki yang menjadi igauan para ibu. Anak yang patuh dan mendengar kata orang tua. Tetapi, kini abangnya telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Siapakah Iskandar yang sekarang? Masih berdendamkah dia dengan emak?

Mak, sudahlah tu. Jangan menangis lagi. Rul kan ada. Kita doa sama-sama untuk abang ye,” pujuk Is Khairul apabila tangisan emaknya tidak mahu berhenti.

Puan Khadijah yang melihat anak bongsunya duduk di sebelahnya, dipeluknya dengan erat. Mengharapkan kekuatan agar terus bangkit meneruskan amanah Allah ini.

.....

Selesai sahaja mandi, terus sahaja Iskandar mengambil telefon bimbit dan mendial nombor talian kawannya.

"Hello, Mick kau dekat mana? Aku dah tak tahan lah duduk rumah ni. Bingit telinga aku dibuatnya dengan orang tua tu. Jom keluar."

Hello bro, aku macam biasalah dekat tempat biasa, balas Mickle dengan gelak tawanya sambil memeluk wanita di sampingnya. Terliur nafsunya apabila melihat gerak lentok wanita di sebelahnya.

Owh ok. In 20 minutes aku sampai sana, jawab Iskandar. Lalu, menyarungkan T-shirt merah berjenama Polo. Kemudian, DeXandra Inspired Perfume disembur di badannya. Setelah meyakini dirinya sudah bersedia, kunci Chevrolet Corvette miliknya diambil. Lalu, melangkah keluar dari bilik bujangnya.

Is nak ke mana malam-malam buta ni?", soal Puan Khadijah lirih sambil melipat sejadah seusai solat hajat di ruang solat tadi.

Is nak keluar sekejap. Mak tak payah lah tunggu Is balik. Tau lah Is balik nanti, jawab Iskandar memotong percakapan emaknya setelah menyedari orang tua itu hendak membuka mulut.

Puan Khadijah hanya menghantar anaknya di muka pintu. Tidak tahu dia mahu berkata apa. Seolah-olah mulutnya terkunci dek sikap anaknya itu. Kolam matanya bergenang buat sekian kalinya.

Entah mengapa malam ini jiwanya berasa tidak tenteram. Seolah-olah ini kali terakhir...

"Astaghfirullah, apa yang aku fikirkan ini." Kepalanya menggeleng menolak segala resah yang tiba-tiba terbuku. Bersama linangan air mata, dia merintih tulus.

Oh Tuhan, Engkau lindungilah anak aku dan panjangkanlah umurku agar dapat mengembalikan anakku yang dahulu. Lembutkanlah hatinya agar menerima aku kembali.'

....

Iskandar memecut laju kereta. streng kereta itu digenggam kuat. Hatinya sakit apabila melihat tangisan orang tua itu. Sebelum dia keluar dari perkarangan rumah, sempat dia mencuri pandang emaknya pada side mirror kereta. 

Jauh dalam sudut hatinya, dia ingin memeluk wanita itu tetapi dihalang oleh egonya. Dia juga bingung mengapa dia begitu benci dengan emaknya. Peristiwa lalu mula berlegar di minda.

Dua tahun lalu...

Mak! Mak dekat mana sekarang? Ayah tengah.!, marah Iskandar apabila emaknya baru hendak menjawab panggilannya setelah lima puluh kali dia membuat panggilan. Tidak sayangkah wanita itu pada ayahnya.

Is, mak tengah bertugas ni. Nanti Mak call Is balik ye!, balas Puan Khadijah lalu berlari masuk ke emergency room.

Tidak sempat dia ingin menyambung kata, emaknya sudah mematikan talian. Air mata lelakinya jatuh jua apabila melihat ayahnya yang memanggil nama emaknya berulang kali. Tidak mahu berdiam diri, dia pergi mengambil wudhuk dan menyuruh adiknya mengikuti langkahnya. Mereka berdua bersama-sama membacakan suruh Yassin dan berzikir di telinga ayahnya.

Encik Is Khairuddin tersenyum melihat anak terunanya membesar dengan didikan agama. Tanpa disedari, air matanya menitis perlahan. Dengan lemah Encik Is Khairuddin menguntum senyuman hingga terlihat kedut-kedut kecil di lingkaran mata.

Iskandar yang perasan akan air mata ayahnya, memberhentikan bacaannya lalu telinganya di dekatkan pada mulut ayah. Satu pesanan mula dititipkan,“Is, nanti kamu jaga emak dan adikmu baik-baik ye. Ayah titip mereka dengan kamu. Kata kepada emakmu, ayah sudah menghalalkan makan minumnya dan ayah berkati emak kamu dunia akhirat. Ayah faham kenapa emak kamu tidak dapat ke mari. Ayah juga redha dengan anak-anak ayah”, Encik Is Khairuddin mengakhiri kata-katanya dengan senyuman puas. Tidak lama setelah itu, mulutnya terkumat-kamit menyebut tasyahud pada Ilah yang menciptakan dirinya. 

Akhirnya, mata tua itu tertutup buat selamanya.

..

Bummm!!!

Keretanya tiba-tiba dirempuh dari arah yang bertentangan sehingga membuatkan tayar keretanya berpusing sehingga terbalik di tengah jalan.

Allahuakbar!

Itulah ayat terakhirnya sebelum dia tidak sedarkan diri.

Miss, call Dr.Khadijah kata ada emergency, ujar Dr.Daniel dengan petugasnya.

Puan Khadijah bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan kecemasan dari pembantunya. Malam ini merupakan shift dia bertugas di bahagian emergency unit. Dia pulang ke rumah tidak lain hanya ingin berbicara dengan anaknya kerana sudah lama dia tidak melihat anaknya itu. Hospital dari rumahnya hanyalah lima minit sahaja.

Saat dia tiba sahaja di hospital, langkahnya menjadi longlai apabila melihat anaknya yang terbaring lemah di atas katil pesakit. Air matanya mangalir deras melihat darah yang berlumuran di seluruh badan anaknya. Luruh jantung seorang ibu melihat kondisi anaknya sedemikian rupa. Apakah ini balasan-Mu untukku Ya Allah, bisik hatinya.

.

Akhi bangun akhi!Sudah lama kamu terdampar di rumah ini. Bicara seorang pemuda yang berkopiah dan berjubah putih.

Iskandar yang mendengar panggilan itu, cuba membuka matanya tetapi sukar. Seakan ada pita pelekat yang tertampal di matanya. Dia berusaha membuka matanya. Lalu, melilaukan matanya di sekelilingya. Silau matanya dengan lampu yang menyinari ruang bilik itu.

Akhi ok?, tanya seorang pemuda yang duduk disebelahnya.

Iskandar menoleh ke arah suara yang bertanya padanya. MasyaAllah sinar wajahnya. Suci bersih. Siapakah dia? Mengapa dia boleh berada disini? Seingat dia, dia sedang memandu kereta hendak berjumpa dengan kawannya.

Melihat Iskandar tidak menjawab persoalannya, Yousef mengambil segelas air. Lalu, disua pada pemuda yang terbaring lemah di hadapannya. Yousef membantu Iskandar untuk duduk agar bisa meneguk seteguk air.

Macam mana aku boleh ada dekat sini?, tanya Iskandar inginkan kepastian.

Oh, rakan-rakan ana yang terjumpa akhi pengsan dekat tepi jalan dan badan akhi penuh dengan lumuran darah. Kebetulan juga ana berada berhampiran dengan kawasan itu, ana terus membawa akhi ke sini dan sudah dua hari akhi terbaring tidak sedarkan diri, jawab Yousef ringkas.

Iskandar terdiam. Dia cuba mengingati kembali apa yang sudah terjadi pada dirinya tetapi gagal. Kepalanya mula berasa sakit. Dia memegang kepalanya dengan kuat sebelum matanya tertutup buat kali kedua.

Yousef yang melihat pemuda dihadapannya pengsan kembali, segera memanggil abangnya yang juga merupakan seorang doktor di daerah itu.

Is, bangun nak. Bangunlah sayang.Iskandar seakan mendengar suara emaknya memanggil dirinya tetapi dia tidak tahu dari manakah arah suara itu muncul, yang dia lihat hanyalah seorang anak kecil yang menangis memanggil emaknya. Iya, itulah dia. Anak kecil itu persis dirinya sewaktu dia masih kecil dahulu. Dia merengek kesakitan akibat terjatuh daripada basikal yang dinaiki olehnya. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Emak, maafkan Is mak. Is tak sengaja nak sakitkan hati mak, rintih Iskandar.

Yousef yang melihat air mata pemuda itu, cuba membangunkannya tetapi masih tiada tanda dia akan sedar. Dia perlu membawa pemuda ini keluar dari sini kerana rakannya baru memberitahu dirinya bahawa tempat yang dia duduki sekarang mulai diserang oleh pihak musuh. Lalu, dia memapah pemuda itu keluar dari daerah itu bersama abangnya.

Move..move..move!!!

Iskandar tersedar apabila mendengar jeritan seorang pemuda. Dia melihat ramai askar di hadapannya. Pemuda yang berada disebelahnya tadi juga ada bersama mereka. Kini, pemuda itu segak berseragamkan baju tentera dan lengkap bersama senapang di belakangnya. Dia cuba gagahkan dirinya mendekati pemuda itu tetapi pemuda itu mendahului dirinya bergerak ke arahnya.

Akhi, ana minta maaf kerana terpaksa membawa akhi ke sini. Rumah ana sudah diserang musuh, Yousef menjelaskan situasinya pada ketika itu.

Iskandar terkejut. Dimanakah dia sebenarnya. Kenapa ada musuh bagai. Keningnya terangkat meminta penjelasan lagi.

Seakan memahami riak wajah pemuda dihadapannya, dia menyambung penjelasannya semula.

Sekarang ini akhi sudah termasuk ke dalam satu daerah yang mana daerah ini merupakan sasaran pihak musuh dari barat. Ana pun tidak tahu bagaimana akhi boleh tersadai di tepi jalan bersama lumuran darah. Musuh-musuh dari barat sedang giat beroperasi menyerang kaum muslimin di sini. Ramai anak-anak kecil dan para orang tua mati ditembak oleh snipers mereka. Setakat ini, operasi kami masih belum dapat ketahui dari manakah serangan itu dilakukan. Kami mengesyaki agen dari OAS (Organization Of American States) yang melakukan gerakan secara rahsia ini.

Iskandar terlopong mendengarnya. Gerun dan terkejut dengan penjelasan yang baru dia dengari. Lantas, ingatannya terus mengingati ayahnya yang juga merupakan sebahagian daripada Night Force Military Asian. Seakan bermimpi apabila bersama mereka.

InsyaAllah, sebentar lagi anggota penyelamat kami akan tiba bersama enam buah helikopter untuk memindahkan penduduk di sini. Akhi jangan risau, InsyaAllah akhi selamat selagi Allah bersama kita, Yousef memberi kata semangat kepada pemuda yang baru dia kenali itu dan menghadiahkan satu senyuman buatnya.

Iskandar tersentak. Walaupun dia masih tidak percaya dengan situasinya sekarang tetapi masih mahukah Allah bersamanya lagi? Sudah lama dia tidak menyebut Nama Tuhannya. Dia sudah jauh daripada kehidupannya dahulu. "Nak ke Allah tolong aku?" Iskandar bersuara perlahan tetapi berjaya sampai ke telinga Yousef.

InsyaAllah akhi, selagi akhi mengingati-Nya. Dia akan bantu akhi dan kita semua. Dia juga telah berjanji dalam Kitab-Nya, Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku Dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. [Al-Baqarah:186]

Tapi aku banyak dosa. Tak mungkin Dia nak tolong aku, jujur Iskandar tanpa segan silu. Entah mengapa dia mahu menyatakan siapa dirinya yang sebenar kepada pemuda itu. Terasa ada perasaan halus yang tenang apabila berbicara dengannya.

Usahlah akhi berbicara begitu. Kita semua ini masing-masing ada dosa. Ana pun ada dosa. Tetapi selagi kita bertaubat pada-Nya, InsyaAllah dia terima taubat kita. Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mengampuni lagi Maha Penyayang. [Az-Zumar:53]. Tambah lagi Allah s.w.t berfirman yang bermaksud, Dan (juga) orang-orang mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. [Ali Imran:135-136], balas Yousef sambil menepuk bahu pemuda itu.

Iskandar yang mendengar kata-kata itu, menangis teresak-esak persis seperti anak kecil yang meminta dibelai. Wajah emaknya terus berlegar di mindanya. Banyak dosa yang dia lakukan terhadap emaknya. Entah sempatkah dirinya berjumpa dengan emaknya kembali, rintih Iskandar di dalam hati.

Akhi! Tunduk!, Yousef menundukkan tubuh pemuda itu. Pihak musuh sudah dapat menghidu tempat persembunyian mereka. Yousef terus memapah Iskandar bangun agar berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Terkejut Iskandar dibuatnya. Tanpa banyak bicara, Iskandar menuruti langkah pemuda itu tetapi matanya terpandang akan seorang wanita tua yang dia kira sama seperti umur emaknya. Dia menoleh ke arah Yousef menghantar isyarat akan keberadaan wanita tua itu. Dengan kudarat yang dia ada, dia bersama Yousef memapah wanita itu membututi perjalanan mereka yang lain.

Iskandar melihat wajah orang tua yang berada disampingnya, menitis air matanya sekali lagi mengenangkan emaknya. Murah sungguh air matanya hendak mengalir. Jika dilihat dek wanita, tentu diketawakan. Makcik yang kuat ya. InsyaAllah kita akan selamat. Saya janji akan berada disisi makcik selagi saya masih bernyawa, ringan sahaja dia menuturkan kata. Pemuda yang dikenalinya sudah pun berlari ke arah rakan setugasnya. Tembakan demi tembakan masih kedengaran dari jauh menandakan kawasan itu tidak selamat untuk diduduki.

..

Puan Khadijah yang melihat anaknya menangis, diseka air mata itu dengan hujung bajunya. Dia mengambil tisu dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya pula digenggam erat oleh anaknya. Luluh jiwanya melihat keadaan anaknya. Ditambah lagi dengan lilitan wayar ditubuhnya. Sedar dari tadi anaknya memanggil namanya. Kali ini dia berjanji pada dirinya tidak akan meninggalkan anaknya lagi. Dia tidak mahu perkara yang lalu berulang kembali. Tekadnya di dalam hati.

..

Akhi, helikopter sudah tiba! Mari kita naik!, jerit Yousef pada pemuda itu sambil tangannya melambai-lambai ke arahnya.

Iskandar mengangkat tangannya tanda dia menerima arahan itu. Makcik, jom kita ke sana. Helikopter sudah sampai, Iskandar menarik tangan wanita tua itu ke dalam genggamannya. Dipegang wanita tua itu dengan erat sama seperti dia memegang tangan emaknya ketika dahulu. Melihat wanita tua itu lemah tidak bermaya, dia mendukung wanita itu pula di atas belakang badan sasanya. Walaupun dia berasa ngilu dengan luka dibadannya, dia berusaha membawa wanita tua itu ke dalam helikopter. Janjinya kepada wanita itu harus dikotakan.

Alhamdulillah akhi, bukankah ana sudah berkata, Allah itu Maha Penyayang. Dia masih menyelamatkan kita semua, bicara Yousef pada pemudah disebelahnya sambil memegang kakinya yang berdarah dek terkena tembakan semasa hendak menaiki helikopter.

Iskandar yang perasan banyak darah yang mengalir di kaki kanan pemuda itu, segera membuka bajunya lalu membalut kaki pemuda itu dengan bajunya. Dia pernah melihat emaknya membalut kakinya sewaktu dia jatuh daripada basikal ketika dia masih kecil dahulu.

Jazakallah akhi. Semoga Allah memberkati jasa akhi. Terima kasih kerana sudi bersama dengan ana menyelamatkan penduduk di sini. Nama ana Yousef, bicara Yousef lemah tetapi masih mampu menghadiahkan sebuah senyuman buat pemuda itu.

Iskandar, jawab Iskandar dengan hanya menganggukkan kepalanya. Walaupun dia sudah terselamat tetapi dia masih belum dapat mempercayai dengan apa yang telah berlaku terhadap dirinya. Adakah ini hanya sekadar mimpi atau suatu kenyataan?

.....

Is, kamu dah sedar nak! Syukur Alhamdulillah, mengalir air mata puan Khadijah melihat anaknya membuka mata.

Abang..Is Khairul juga terkejut kerana abang kesayangannya sudah sedarkan diri. Syukur Alhamdulillah, monolog hatinya.

Mak, kenapa dengan Is mak?, Iskandar meminta kepastian setelah melihat tangan dan kakinya berbalut.

Kamu accident dengan kereta nak. Kamu tak ingat?, tanya puan Khadijah. Jika anaknya tidak ingat apa-apa, pemeriksaan lebih lanjut akan dilakukan lagi. Takut-takut ada darah beku yang tersembunyi di kepala anaknya.

Iskandar cuba mengingati apa yang sudah terjadi terhadap dirinya. Iya, dia sudah ingat. Sewaktu itu dia leka membayangi arwah ayahnya ketika di sedang memandu kereta sehinggakan ada kereta dari arah yang bertentangan merempuh keretanya. Kemudian, wajah wanita tua yang dia papah masuk ke dalam helikopter pula belayar di fikirannya. Masih segar lagi raut wajah itu diingatannya. Matanya berarah pula pada wajah sayu emaknya. kelihatan emaknya tidak cukup tidur. Barangkali menangis gara-garanya. Dia bersyukur Allah masih memberi kesempatan pada dirinya untuk bertaubat dan berbakti pada emaknya. Jika Allah menarik nyawanya ketika itu, apalah nasibnya nanti. Na'uzubillahi min zalik. Air matanya mengalir sehingga membasahi bantal yang mengalas kepalanya.

Puan Khadijah terkejut melihat anaknya menangis lagi. Sakitkah anaknya itu. Dia lantas memeluk anak lelakinya.

Maafkan Is mak. Is tak berniat nak sakitkan hati mak. Is khilaf. Ampunkan Is…”, berulang kali Iskandar memohon maaf dengan emaknya. Dia tidak mahu lagi kehilangan wanita yang pernah menyayangi dirinya dahulu. Dia mahu membetulkan kembali waktu yang pernah dia berkasar dengan emaknya.

Tidak mengapa Is. Mak dah lama maafkan kamu. Mak yang patut minta maaf dengan kamu. Mak terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk bersama dengan kamu dan adik kamu. Mak bersyukur Allah masih beri mak kesempatan untuk melihat wajah kamu, ujar Puan Khadijah juga dalam tangisan.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, bisik Is Khairul di dalam hatinya. Dia turut memeluk abangnya.

Malam itu. Mereka menangis dengan penuh kesyukuran pada Ilahi. Sesungguhnya kasih-Nya tiada tandingan dengan yang lain. Dia lah Yang Maha Penyanyang lagi Maha Mengasihani.

3 tahun selepas itu

Maafkan ana akhi, Yousef memohon maaf setelah dia terlanggar dengan seseorang di hadapannya. Fail dan dokumen yang terjatuh milik pemuda yang dilanggarnya itu di kutip dan diberi kepadanya.

Iskandar seakan mengenali suara itu tetapi dia tidak dapat mengecam di mananakah dia mendengar suara itu. Saat dia ingin menyambut salam pemuda yang melanggar dirinya, ingatannya terus kembali kepada wajah pemuda yang pernah menyelamatkan dirinya daripada tertembak oleh pihak musuh. Iya, dialah orangnya. Dialah yang memberi semangat agar aku terus hidup.

Yousef pelik kerana pemuda di hadapannya tidak mahu melepaskan tangannya. Akhi..Akhi.., Yousef melambai-lambaikan tangan kirinya di hadapan wajah pemuda itu.

Tambahlah Iskandar membenarkan tekaannya setelah melihat pemuda itu melambaikan tangan dihadapannya. Yousef?Iskandar cuba bersoal teka. Adakah benar tekaannya itu.

Yousef mengangkat keningnya ke atas. Bagaimana bisa pemuda ini mengenali dirinya. Dia baru sahaja pulang daripada medan pertempuran di negara jiran. Ya ana Yousef. Macam mana enta kenal dengan ana?, Yousef cuba mendapatkan kepastian. Takut juga kalau dia merupakan agen luar yang menyamar sebagai rakyatnya tetapi sangkaannya dibuang. Dia cuba bersikap husnulzhon dengan pemuda itu.

Iskandar tersenyum. Lalu membawa pemuda itu ke dalam pelukannya. Sungguh Allah Maha berkuasa. Tidak sangka Allah menemukan dirinya dengan pemuda ini. Sangkanya itu hanyalah mimpi tetapi ianya adalah petunjuk daripada Allah s.w.t agar terus meraih maghfirahnya. Melihat perwatakannya juga sudah meyakinkan dirinya bahawa dia adalah pemuda yang pernah menyedarkan dirinya daripada terus terleka. Mungkin inilah dia malaikat dunia yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar. kata hatinya.

.

Barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam..” [Al-Anam:125]

Iskandar bersyukur Allah masih memberi peluang pada dirinya untuk merasai nikmat Islam yang sebenar. Tanpa kasih-Nya, sudah tentu dia rugi seumur hidupnya. Tanpa Dia, dia tidak tahu apakah nasib dia di hari yang akan datang. Mungkin bahagia di dunia tetapi terseksa di sana. Panjat syukur untuk-Mu Ya Tuhan. Genggamlah hatiku agar sentiasa dekat dengan-Mu sehingga akhir hayatku. Aamiin..doa Iskandar di dalam hatinya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...