Bole Chudiyan Bole Kangana~..~
~Haay Main Ho Gayi Teri Saajna..~
~Tere Bin
Jiyo Naiyyo Lagda..Main Te Margaiyaan..~
~Lehja Lehja Dil Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..Lehja Lehja Dil..Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..~
~Lehja Lehja Dil Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..Lehja Lehja Dil..Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..~
"Ya allah! Siapa lah yang berindustan pagi-pagi ni !"
Tidur aku yang lena tadi dikejutkan dengan bunyi alarm handset entah lagu apa pun aku tak tau,handphone sahaja yang berdering tapi tuannya pula lena di ulit mimpi, tau lah bantal tu baru beli. nak letak, letaklah lagu Al-Qassam ke Mujahid Mujaddid ke, semangat sikit aku nak bangun. Ni tak, pagi-pagi dah buat orang sakit telinga. "Huhh..", jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku bangkit dari katil pergi membersihkan diri untuk mengadap Sang Pencipta. Sebelum bertemu dengan Dia, elok lah aku bersihkan diri dahulu, kasi wangi-wangi sikit, barulah selesa nak beribadah. Allah s.w.t pun telah menyuruh hambanya bersuci dalam sabdaNya,
"Wahai
orang-orang yang Beriman! Apabila kamu hendak laksanakan solat, maka basuhlah
wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua
kakimu sampai kedua mata kaki…" . Kalau aku tak buat apa yang Dia
suruh bererti aku dengan musuh aku sama sahajalah kan. Ingkar perintahNya.
"Nauzubilllah..", tak naklah aku.
"Aina!! Aina!! cepatlah sikit.
Apa yang kau buat lama-lama kat dalam tu, bukannya ada shopping
complexs pun. Cepatlah sikit, mengalahkan perempuan lah kau
ni", pekik Farah. Aku yang baru sahaja ingin memulas tombol pintu
membatalkan hasrat untuk membukanya. Bukan apa, geli gusi pula apabila
membayangkan muka Farah yang sedang marah. Itulah, tadi abang bollywood kejutkan
tak nak bangun". Tapi dah memang aku perempuan pun kan, takkan jantan
pulak kot, suka hati akulah nak buat apa kat dalam ni". Sebaik sahaja
pintu terbuka, ternampak muka Farah yang mencuka. Apalagi badan aku yang elok
berdiri di tolak ke tepi. Marah lah tu.
"Huhh…tak sayang kawan betul lah
dia ni.". Apalah nasib dapat kawan macam ni, sanggup tolak kawan sendiri.
Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama aku tolak kau balik.
"Eh Aina, kau bersiap ni nak
pergi mana?"
"Aku nak jumpa prof Kamal kejap,
nak hantar kertas kerja ni, takut kalau hantar esok prof tak ada."
"Owh, Prof Kamal nak pergi
mana..?"
"Dengar-dengar esok prof nak pergi
Terengganu. Prof jadi panel dekat salah satu seminar dekat sana."
"Owh ye ke, prof pergi sana naik
apa?", soal Farah lagi.
"Eh, dia ni..banyak pulak
tanya. Perlu ke aku ambil tahu prof naik apa…huh! Kenapa kau tak tanya, kasut
prof saiz berapa, prof suka warna apa, prof dah kahwin ke belum..atau prof suka
kucing ke tidak???...kan..", geram pulak aku dengan Farah ni.
"Betul jugak soalan kau tu Aina,
prof dah kahwin ke?", Farah tersenyum nakal.
"Ish!, ada yang makan cekodok
bantal kang, dah..prof dah kahwin, dahlah..jangan nak menggatal. Ok lah aku
gerak dulu eh. Kalau aku layan kau sampai esok pun tak habis, nanti aku cakap
dekat prof yang kau kirim salam."
Aku yang dah masak dengan perangai
Farah minta diri untuk pergi. Farah ni pantang kalau dapat tau prof lelaki baru
datang dan prof tu pula muda, apalagi naik lah ulat bulu dia
tu…"Farah…Farah.." tapi Farah ni ulat bulu dalam kepompong je. Malu
nak keluar katanya. Kira pemalu jugaklah kawan aku ni kan.
"Riel..cuba kau tengok perempuan
tu…comel lah.."
Zhafriel yang dari tadi khusyuk membaca sheets yang doktor beri menoleh ke arah rakannya. "Haishh..dia ni, dah tak ada kerja lain ke nak buat. Punya lah banyak doktor bagi sheets, sempat lagi dia nak tengok anak dara orang. Bertuah betul lah.. ", ujar Zhafriel geram.

"Khai..kau tau tak, Allah swt
cakap 'Katakanlah kepada LAKI-LAKI yang beriman, agar mereka menjaga
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi
mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat' suruh Annur,
ayat 30". Zhafriel menumbuk lembut belakang rakannya dan sengaja
menekankan perkataan' laki-laki' kerana dia sedar perempuan yang dimaksudkan
rakannya sudah tertunduk malu ditenung sebegitu sekali.
Khairul mula tersedar
dan segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sudah lah ditegur sahabatnya
dengan ayat quran. "Malu mak oii..". Walaupun sahabatnya itu bakal
doktor tapi.."perghh….", dah boleh jadi pak imam. Aku bukan sengaja
nak buat macam tu tapi mata ni dah geli sangat nak toleh kat perempuan tu, nak
buat macam mana.
"Riel, sorry..sorry..aku tak
sengaja..hehe..baik pak ustaz, lepas ni aku jaga mata aku..jangan marah ye, aku
janji tak buat lagi..ok?..", Khairul menunjukkan dua jarinya di depan
Zhafriel. Zhafriel yang mendengar perjanjian atas angin rakannya itu hanya menggelengkan
kepala. Dia sudah lali dengan janji rakannya. Bukan sekali dia buat macam tu,
hampir setiap kali jumpa perempuan mesti hendak toleh. Walaupun sikap Khairul
begitu, Zhafriel tidak pernah jemu untuk menasihati rakannya kerana Khairul
sahajalah sahabat dunia akhiratnya, mereka berkenalan sejak dibangku sekolah
lagi. Walaupun kadang-kadang ada lah bergaduh tapi tak akan pernah berpanjangan
pun, hanya beberapa minit sahaja. Bila difikir-fikir asbab pergaduhan,mereka
akan ketawa dan berbaik semula.
"Ye lah tu Khai…hmm…", cebik
Zhafriel. Khairul menayangkan gigi rabbit nya.
"Tapi betul lah bro,
bila tengok gadis tu bertudung labuh, baju labuh, nampak sopan, aku rasa
bergetarlah tulang rusuk aku !"
"Khai, jom ikut aku?"
"Huh? Kau nak bawak aku pergi
mana?"
"Klinik. Kau kata tulang kau
bergetar kan. Jom lah kita buat medical check-up.",sindir
Zhafriel.
"Memang tak makan saman betul
lah dia ni!", rengus Khairul.
Aina yang dari tadi tidak senang
duduk mula mengorak langkah pergi kerana hairan kenapalah lelaki tadi tengok
dia macam tu. Niatnya yang ingin memastikan kertas kerjanya benar-benar siap
terbantut apabila lelaki tadi melihatnya begitu.
"Apasal lah mamat tadi tengok
aku macam nak makan orang, tak pernah tengok orang ke ape. Tak sayang mata
agaknya..Astaghfirullahal azim..", omel Aina yang hanya didengari olehnya
sahaja.
Tok..tok..tok..
"Assalamualaikum prof boleh saya
masuk?", Aina meminta izin untuk masuk ke ruangan profnya.
"Waalaikumussalam. Oh Aina,
masuklah. Ada apa kamu datang jumpa saya? ", bicara prof Kamal kepada Aina.
"Saya nak hantar kertas kerja
yang prof minta hari tu dan saya minta maaf kalau ada yang kurang dalam kertas
kerja ni."
"Ok tak pe, kamu letak atas meja
saya, nanti saya semak". Prof Kamal bukan tidak kenal dengan Aina.
Walaupun dia pensyarah baru di situ, tetapi pelajar yang bernama Aina itu
menjadi buah mulut rakan sejawatnya. Aina adalah seorang pelajar yang sering
menerima anugerah dekan. Setiap kerja yang diberi, pasti akan dihantar tepat
pada waktunya dan di dalam kelas Aina lah yang paling bersemangat membentangkan
hasil kerjanya meskipun terdapat sedikit kesalahan dalam pembentangannya, ianya
tidak menghalang Aina untuk maju ke hadapan. Sikap berani yang ada pada
Aina lah yang akan melahirkan seorang anak muda yang berjaya. Personaliti yang
ditonjolkan Aina pula membuatkan orang ramai mudah mendekatinya. Pakaian yang
dikenakan Aina juga mengikut syariat Islam. Bertudung bidang labuh, berstokin,
dan baju pun longgar, menyerlahkan lagi seri dan keayuan padanya.
Benarlah wanita yang berakal mampu mengubah gurun sahara yang gersang
menjadi taman yang indah lagi subur. Dia menggelengkan kepala dek
kekagumannya pada Aina.
Aina yang dari tadi tunduk menaip
sesuatu di handphone nya, terus mendongak kerana menyedari
profnya dari tadi menggelengkan kepala. Dia kira ada yang tidak kena dengan
kertas kerjanya terus bertanya kepada profnya, "kenapa prof..ada yang tak
kena ke dengan kertas saya..?", soal Aina yang jelas kerisauan kerana
takut markah pointer nya kurang semata-mata kesalahan kecil
sahaja.
"Eh, tak ada apa-apa lah
Aina..kertas awak bagus dan awak boleh balik sekarang."
Aina yang mendengar pujian prof Kamal
mengukirkan senyuman.
"Oh ye ke prof, Alhamdulillah
terima kasih prof." Aina terus keluar daripada bilik Prof. Dia bukan
sengaja duduk lama-lama di dalam bilik prof Kamal tetapi dia bagi peluang
kepada profnya untuk menyemak kertasnya. Kalau ada kesalahan boleh lah dia
betulkan di situ sahaja. Tak payah nak naik turun tangga dari fakultinya ke
bilik prof, bukannya dekat. Jauh. Pintu bilik Prof pun tak bertutup tadi.
Sebenarnya takut juga dia dekat dalam tadi tapi alhamdulillah semuanya dah
selesai. Sekarang hala tujunya ke kafe fakulti perubatan. Fakulti sahabatnya,
Farah.
"Riel kau dah jumpa ke dengan
doktor Megat?, aku dengar dia suruh kau buat study group dengan
budak-budak junior kita pasal Biochemistry ngan Anatomy betul
ke?", Khairul menanyakan soalan kepada Zhafriel setelah Esei
multidisciplinary mereka diserahkan kepada doktor Amjad.
"Hmm..aku dah jumpa dah, betul lah
tu..aku pun baru teringat nak ajak kau tolong aku sekali ajar budak-budak tu.
Kalau aku sorang, mana lah aku larat".
"Elehh…tak larat konon. Alasan
je semua tu..cakap jelah yang kau malu kan..dan lagi satu kau tak nak berpisah
ngan aku kan. Haha.."
"Perasanlah kau ni..aku serius
lah..tapi betul jugak cakap kau..kalau ada kau baru best sikit..kau boleh jadi
bahan experiment aku..haha.."
"Sampai hati kau nak jadi kan
aku bahan experiment kau, apa kau ingat aku dah arwah ke, aku
hidup lagi lah wehh".
"Haha..gurau je lah, mamat bunga
betul lah kau ni..rileks lah bro..aku serius nak mintak kau ajar budak-budak tu
sekali, kau pun apa kurangnya dengan aku."
"Cakap je lah nak mintak tenaga
pengajar…ni tak. Aku bagi ni kang..",Khai membukukan tangannya ke mata Zhafriel.
"lya lah…kan aku dah cakap
tadi..kau yang tokok tambah sakat aku, aku pun join sekaki lah..haha..So, kau
nak tolong aku ke tak?"
"hmmm..ok lah tapi kau kena
belanja aku makan kat kafe sana tu dulu, baru aku ikut kau mengajar..apa macam?? boleh tak belanja?…", Khairul mengambil kesempatan membuli rakannya.
"Ok deal..belanja pun
belanja lah, janji kau tolong aku..", balas Zhafriel.
Pada waktu yang sama, Aina
menghampiri rakannya yang sedang duduk di meja makan di sebelah kaunter.
"Farah..kenapa kau call aku
tadi, sorry lah tak angkat. aku dalam bilik prof tadi.."
"Saje..aku nak ajak kau keluar
makan, tak best lah makan sorang-sorang..nanti orang tengok macam nenek makan
sirih pulak, asyik kunyah-kunyah…",Farah membuat gaya mulutnya yang senget
sama seperti nenek sirih.
"Haha..entah apa-apa lah kau ni
Farah, dah memang orang makan kunyah kan. Takkan kau telan terus kot."
Farah menjelirkan lidahnya ke
Aina,"Alaa..kau ni, orang main-main je lah, sebenarnya aku nak mintak
tolong sikit dengan kau. Ni antara hidup dan mati kawan kita
Qaisara…",Farah kembali serius.
Aina yang tadi ingin menyambung
menyakat rakannya, mematikan sahaja hasratnya kerana bimbang kawannya terasa
hati pula. "Kenapa bunyi macam nak pergi medan perang je Farah. Siapa yang
hidup dan siapa yang nak mati ni?"
Tanpa mereka sedari, ada yang sedang
memerhatikan mereka berdua.
"Ermmm…Aina kau kena tolong aku
jugak!!..tolong eh..tolong eh..", resah Farah sambil menyedut minuman di
depannya. Takut juga kawannya menolak permintaanya.
"Iyelah aku tolong.. tapi macam
mana aku nak tolong kalau kau tak start bercerita..cuba kau
cerita dari utara sampai selatan..barulah boleh fikir jalan ke mana nak pergi
kan."
Farah mula membuka kekusutan yang melanda dirinya manakala Aina pula khusyuk mendengar maslahat yang dialami oleh rakannya itu sambil menjamu kew teow basahnya yang enak lagi tip-top.
Farah mula membuka kekusutan yang melanda dirinya manakala Aina pula khusyuk mendengar maslahat yang dialami oleh rakannya itu sambil menjamu kew teow basahnya yang enak lagi tip-top.
"Riel..perempuan tu lah yang aku
tengok tadi, cuba kau tengok sikit..pusinglah."
Zhafriel memusingkan badanya ke belakang kerana ingin juga dia melihat
perempuan manalah yang dari tadi kawannya berkenan.
"Uhuk..uhuk…", Zhafriel
tersedak setelah melihat perempuan yang diperkatakan Khairul.
"Kau dah kenapa riel..kau tak
baca bismillah ke sebelum makan tadi..sekarang kau tengok baju aku.. habis
basah..haish! Nak kenalah kau ni..aku suruh tengok je bukan suruh menyembur
pun..aduhh..", marah Khairul dengan tindakan rakannya.
"Bro..sorry bro..aku tak
sengaja..", Zhafriel terus mengambil tisu dan mengelap baju rakannya yang
basah.
"Apasal kau terkejut tengok
perempuan tu? Macam nampak langsuir dah aku tengok."
Zhafriel yang mendengar, memberhentikan tangannya daripada mengelap baju sahabatnya dan menyambung menyuap sisa baki makanan yang belum habis ke mulutnya.
Zhafriel yang mendengar, memberhentikan tangannya daripada mengelap baju sahabatnya dan menyambung menyuap sisa baki makanan yang belum habis ke mulutnya.
"Nantilah aku cerita Khai, kau
habiskan makanan kau tu dulu, kat bilik nanti aku cerita kat kau.",
Zhafriel mengutuk diri sendiri kenapalah dia boleh tak perasan perempuan yang
Khai tengok dari tadi adalah tunang dia, "hmmm..patutlah dia tunduk pagi
tadi..", monolog Zhafriel dalam hati.
Khairul yang mendengar arahan kawannya
tidak berani ingin memaksa bercerita di situ. Bukan dia tidak kenal Zhafriel,
pendiam juga kalau ada masalah, susah nak cerita kat orang. Ni dah kira ok dah
dia nak cerita. "Huh..", keluh Khai.
"Laa..pasal tu je ke Farah, aku
ingatkan pasal apa tadi..", rungut Aina lalu mencuit lengan rakannya.
"Apa ni Aina? Sakitlah. Dahlah
kepit ketam kau tu berbisa, Iyelah pasal tu je lah..macam mana, kau nak tolong
aku ke tak.."
"Tengoklah macam mana..", balas Aina yang malas menjawab soal hati dan jiwa. Iyelah mana taknya dia sendiri tak pernah jumpa tunangnya kerana sifat malunya pada lelaki. Inikan nak satukan orang lain. Dia dulu pun ummi dan ayahnya yang uruskan semuanya termasuklah persetujuan menerima pihak lelaki. Baginya jika ummi dan ayahnya bersetuju, dia juga bersetuju kerana dia tahu pilihan ibu bapa mesti yang terbaik.

"La..apasal kau tak cerita kat
aku sebelum ni, sampai hati kau kan, kawan sendiri pun dah tak ingat. Nasib
baik aku tak terjatuh hati kat tunang kau. Kalau aku dah curi hati dia, biar
padan muka kau.."
"Sorry lah
Khai..bukan aku tak nak cerita kat kau, kau pun kenal aku kan, exam MSAT dah
dekat.So, aku tak sempat nak cerita semua ni kat kau. Aku nak
fokus study dulu lah bro. Lagipun, kau nak ke aku salah label
organ dengan saraf nanti, buatnya aku tak lulus. Kau pun busy gak
kan. Aku saja je tak nak kacau kau.", berdalih Zhafriel.
"Eleh, alasan je kau ni. Ok tak
apa, kali ni aku maafkan kau tapi lain kali jangan harap lah aku nak maafkan
kau. Sorry2 naik lori lah..rampas kang baru tau", Khairul
mengangkat tangannya ala-ala tambi gitu dan membalingkan bantalnya tepat
mengena kepala Zhafriel.
Setelah itu, Mereka pun meneruskan pembelajaran sambil melayan perasaan masing-masing.
Setelah itu, Mereka pun meneruskan pembelajaran sambil melayan perasaan masing-masing.
5 tahun kemudian…
"Hai Aina, lama tak jumpa! kau
apa kabar sekarang? Sihat?", Farah dan Aina berjabat tangan.
"Hai Farah, rindunya aku dekat kau. Alhamdulillah! aku macam nilah, tak ada yang beza sangat pun. Kau dengan Khairul macam mana? Apa cerita? Perut tu dah berapa bulan? Hehe", balas Aina sambil menjuih bibirnya ke perut Farah.

"Hehe..Alhamdulillah baik, nak
masuk 7 bulan dah dan ni yang kedua. Kau pulak Aina apa
cerita? Lepas aku kahwin tak dengar pun berita tentang kau. Kenapa aku tengok
kau macam baru sembuh daripada sakit? kau ok ke tak ni?"
Aina tersenyum melihat kebahagian
sahabatnya. Melihat anak Farah yang bermanja dengan emaknya membuatkan dirinya
terkenang umminya yang sudah meninggal dunia. Dia masih tidak dapat melupakan
tragedi yang menimpa dirinya dan umminya. Aina yang tadi tersenyum, menitiskan
air mata.
"Kenapa ni Aina? Kenapa kau
nangis ni? Cuba kau cerita dekat aku apa yang dah terjadi. Aku ada tersalah
cakap ke tadi? ", pujuk Farah sambil mengusap-usap belakang Aina.
Aina yang tidak sengaja mengalirkan air mata, terus menyeka dengan hujung bajunya. Dia teringat akan wajah umminya. Dia yang awalnya ingin menyembunyikan kesedihan daripada sahabatnya, namun kalah dengan pujukan Farah membuatkan dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan sahabatnya. Selepas tangisannya reda baru dia menceritakan keperitan dan kesedihan yang telah dialaminya kepada Farah.

Selepas tamat belajar dan Farah pun
berkahwin selepas itu, ibunya kembali ke rahmatullah dan dia pula ditahan di
wad kerana mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan keretanya dengan sebuah
lori. Pada ketika itu dia ingin membeli barang persiapan perkahwinannya dengan
Zhafriel. Dia yang malu ingin keluar bersama Zhafriel, mengajak umminya untuk
menemaninya belanja.
"Ummi..boleh tak teman Ana pergi
beli barang kahwin. Ana tak nak lah keluar ngan Zhafrie tu. Ana malu. Ana rasa
tak selesa walaupun dia tunang Ana dan kalau dia ajak adik sepapat dia
sekalipun ana tetap rasa tak selesa. Ummi kan tau macam mana anak umi ni..boleh
ye ummi, teman Ana..Ana nak pergi dengan ummi..boleh ye?", pujuk Ana sambil
menayangkan gigi putihnya yang sama seperti dalam iklan colgate.
"Iyelah. Iyelah. Bagi ummi solat
sunat dhuha dulu ye. Lepas tu baru kita pergi." Puan Aisyah yang memahami
sikap anaknya itu tersenyum dan ikut sahaja kehendaknya anaknya. Jika menolak
ajakannya, jiwa tuanya pula yang merana kerana memikirkan rajukan anaknya itu.
Lebih baik dia mengiyakan daripada melihat anaknya bersedih. Aina sahajalah
anaknya yang dia tinggal selepas anaknya Fakhrul meninggal dunia disebabkan
kapal terbang yang dipandu anaknya terhempas dari udara.
"Ummi..mana ayah? Ana tak nampak pun dari pagi tadi..?"
"Bukan ke ayah kamu tu oncall hari ini..kamu dah lupa ke? Ayah kamu dapat emergency call kat hospital pukul 4 pagi tadi."
"Owh, lupa ayah oncall. Hehe..oklah ummi, ummi solat lah dulu..ana nak pergi bersiap kejap. Jangan lupa doakan Ana sekali ye..", pinta Aina lalu beransur ke biliknya.

Aina dan umminya pergi ke Kota
Damansara untuk mencari barang perkahwinannya.
"Nah..Ana, kamu bayar lah guna duit ni. Duit tu Zhafriel yang bagi dekat ummi suruh beli barang kamu. Dia pun tau kamu takkan keluar dengan dia. Tu yang dia bagi duit ni awal-awal dekat ummi.",kata Puan Aisyah kepada anaknya.

"Ye ke..ummi, ok terima kasih", Aina menyambut duit yang dihulurkan umminya. Dalam diam Aina bersyukur kerana dapat bakal suami yang memahami dirinya. Selepas habis memborong barang perkahwinannya, Aina dan ibunya pulang ke rumah. Aina memandu kereta kelisanya dengan penuh berhati-hati kerana dia tidak mahu ibunya terjaga. Ibunya dari tadi sudah terlelap keletihan kerana seharian menemaninya berbelanja. Tiba-tiba dia merasa seperti ada sebuah lori merempuh kuat dari arah sisi ibunya. Dia yang tadi elok di tempat duduk pemandu, tercampak jauh di bahu jalan manakala ibunya pula tersepit didalam kereta tidak sedarkan diri. Kepalanya yang terasa berat dan badannya terasa seperti dihempap batu besar, terasa sukar untuk dirinya bernafas. Dunianya yang tadi terang dengan cahaya bertukar menjadi gelap. Segelap pekatnya malam.
"Ummi, maafkan Ana. Ummi,
ummiii...", itulah luahan terakhir yang hendak diucapkan kepada ibunya sambil
memandang samar-samar keretanya yang sudah remuk sebelum melelapkan mata tidak
sedarkan diri.
"6 years old in Shah Alam. She
was crouching, sheltered by the side bushes along the highway. Blood pressure
105/82, Sp 02 98. Body temperature 34.8 degrees and traces of blows on the
head, chest and femur.", Atendan yang bertugas
melaporkan maklumat pesakit kepada Zhafriel.
"Ok, thank you Mr.Ranjit. You
can go now and please call Dr.Azrul to come in.", arah Zhafriel.
"Yes Riel, kenapa kau paggil aku? ", soal Dr.Azrul kepada Zhafriel.
"Rul, kau tolong aku rawat patient ni boleh, aku nak rawat patient yang baru sampai tadi.", pinta Zhafriel kerisauan.
"Ok, kau pergi lah..aku boleh handle patient ni..", balas Dr.Azrul memahami raut keresahan sahabatnya.

"Macam mana dengan patient ni?",
soal Zhafriel kepada pembantunya. Dia yang dapat tahu tunangnya Aina dan bakal
ibu mentuanya kemalangan terus meminta sahabatnya Dr. Azrul menggantikan
dirinya untuk merawat pesakit yang dia terima dan terus menuju ke wad kecemasan
untuk melihat kondisi mereka berdua.
"Dia mengalami Monoplegia pada
kakinya doc..", ujar Miss Laila.
"How about her mother?", soal Zhafriel kerisauan.
"Sorry doc, ibunya meninggal dunia di tempat kejadian." , mengalir deras air mata Zhafriel mendengarnya. Berat sungguh ujian yang menimpamu Aina. Saya harap awak kuat dan tabah. Tidak sempat dia meminta maaf daripada bakal ibu mentuanya. Semoga roh mak cik dicucuri rahmatNya. Berehatlah mak cik. Saya janji akan menjaga Aina sebaiknya dan mencurahkan kasih sayang saya sama seperti mak cik mencurahkan kepadanya. Saya janji mak cik. In syaa Allah.

Zhafriel memeriksa keadaan Aina.
"Aina..sabar ye, percayalah semua ni ujian daripadaNya dan sesungguhnya Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Awak tau kan Dia tidak akan membebani hambanya sesuai dengan kesanggupannya. Dia tau awak kuat sebab itu lah dia nak uji awak. Dia nak tengok sejauh mana keimanan dan kesabaran awak terhadapNya. Sabar ye Aina, saya janji saya akan merawat awak. Izinkan saya untuk menyentuh awak ye. Saya bukan sengaja tapi saya nak pastikan kondisi awak benar-benar stabil dan kembali normal. Sekejap je..tak lama pun. Ayah awak tak ada dekat sini sekarang, ayah awak ada patient yang perlu dirawat dekat hospital dia. Saya minta maaf ye Aina..",bicara Zhafriel kepada Aina yang tidak sedarkan diri. Dia rasa bersalah kerana menyentuh Aina tanpa kerelaannya namun sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawabnya untuk memastikan pesakit yang dirawat benar-benar dalam keadaan stabil.

"Miss, tolong
sambung ni. Perlahan-lahan ye. Saya nak pergi buat laporan patient ni.
Kalau ada apa-apa nanti panggil saya ok. Thanks.", Zhafriel
meminta pembantunya menyambung kerjanya kerana dia tau Aina merasa tidak selesa
apabila disentuh oleh lelaki bukan mahramnya. Walaupun Aina tidak sedarkan
diri, dia dapat melihat air mata di tubir matanya. Jiwa lelakinya berkecai
apabila melihat air mata itu mengalir. Tambahan pula melihat kondisi Aina yang
belum stabil sepenuhnya membuatkan hatinya meronta-ronta kepedihan.
Aina yang mendengar perbualan doktor lelaki dengan pembantunya, dia kira, merasa lega kerana doktor lelaki yang merawatnya memahami jiwa kewanitaanya." Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, Engkau kurniakan aku seorang doktor yang baik.",monolog Aina di dalam hati. Dia tidak mampu untuk membuka mata kerana dia merasa seperti ada benda yang membuat matanya melekat. Walaupun dia berusaha semampu kudratnya, dia tetap tidak bisa untuk membuka matanya. Dia hanya mampu mendengar perbualan orang yang berada disekelilingnya sahaja. Aina menangis sendu apabila memikirkan umminya. Dia merasa bersalah kerana tidak dapat membantu umminya keluar daripada keretanya. Dia hanya melihat ibunya menahan kesakitan sahaja. Anak macam apa aku ini. Sanggup tinggalkan Ummi dalam keadaan begitu."Ummi, maafkan Ana ummi. Ana tak berniat nak buat ummi macam tu. Maafkan Ana ummi. Ana nak jumpa ummi..ummi..ummi..jangan tinggalkan Ana..ummi!!!" Kemudian, dia merasa seperti ada benda tajam yang mencucuk lengannnya dan seluruh tubuh badannya terasa kebas dan sakit. Setelah itu, dia tidak dengar apa-apa lagi suara disekelilingnya.

"Aina..sabar Aina, bukan salah
awak pun semua ni terjadi. Bila Allah dah tetapkan sesuatu nak terjadi, Allah
betul-betul akan buat. Apabila dia kata Kun Fayakun, maka
terjadilah. Semua dekat atas muka bumi ni Allah dah tetapkan. Kita sebagai
hamba perlu reda dan bersyukur atas segala kurniaanya. Sabar ye Aina..",
luluh hati Zhafriel melihat Aina begitu. Meracau sepanjang malam. Dia yang
ingin menenangkan Aina memasukkan sedikit dos ubat tidur ke dalam badan Aina.
Biarlah Aina tidur dengan tenang dan melupakan segala ujian yang telah
menimpanya.
"Assalamualaikum, Zhafriel..macam
dengan Aina? Ade perkembangan tak?", soal Dr. Zaharuddin kepada bakal
menantunya. Dia yang baru sahaja menguruskan jenazah isterinya langsung ke
hospital kerana ingin melihat kondisi anaknya.
Zhafriel menoleh kebelakang setelah
mendengar suara yang memanggil namanya.
"Waalaikumussalam, Pakcik duduklah. Alhamdulillah, kondisi Aina semakin stabil cuma dia asyik meracau dan menjerit memanggil umminya sahaja. Dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri kerana katanya umminya sakit dilanggar semuanya kerananya. Lepas tu pakcik, macam mana nak terangkan dekat Aina yang mak cik dah tak ada?", balas Zhafriel yang jelas kerisauan kondisi Aina semakin memburuk apabila mendapat tahu umminya sudah tiada.

"Tak apa Zhaf, kamu jangan
risau. Nanti pakcik yang akan bagi tau anak pakcik. Terima kasih dah tengokkan
dan jaga anak pak cik. Kamu pergilah berehat. Biar pak cik sambung jaga Aina.
Lagipun pak cik dah minta cuti untuk jaga anak pak cik.", kata Dr.
Zaharuddin tenang. Dia sedih melihat anak kesayangannya terdampar lemah di atas
katil bersama lilitan wayar-wayar di badannya tambahan isterinya pula
meninggalkan dirinya dan Aina. Bicara isterinya pada pagi tadi, masih lagi
tergiang-ngiang di telinganya. Dia merasa baru sahaja dia bercakap dengan
isterinya tetapi takdir Allah mendahului. Siapalah dia untuk melawan qada'
Allah. Semuanya sudah termaktub. Dia hanya mampu berserah dan terus berdoa agar
anak perempuannya diberi kekuatan dan kesembuhan untuk pulih seperti biasa.
"Baiklah pak cik, saya pergi
dulu dan saya akan panggilkan pembantu saya untuk mengawasi keadaan
Aina.", balas Zhafriel dan berlalu keluar menuju ke surau yang terletak
dihujung wad. Dia ingin bertemu dengan Allah s.w.t dan meminta pertolongan
daripada Nya.
"Ya Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang, sembuhkanlah dia. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, aku hanya
hamba-Mu yang kerdil lagi lemah, tidak terdaya aku ingin menyelamatkannya
melainkan dengan izin-Mu. Maka berilah kekuatan dan kesabaran kepada Aina untuk
menerima segala ujian dari-Mu. Rahmatilah ummi Aisyah. Ampunilah segala dosanya
dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang
yang soleh. Aamiin ya robbal 'alamin..", tangannya disapu ke muka. Air
matanya mengalir lebat. Zhafriel bertelaku lama di atas sejadah. Segala masalah
dan kedukaannya dikongsikan dengan Tuhannya. Allah sahajalah tempatnya
mengadu dan meminta pertolongan. 'Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya
kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu
memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran'.
Setelah selesai mangadap Tuhannya, dia melangkah keluar dengan hati yang
tenang.
"Doktor, pesakit dah sedarkan
diri.", beritahu Miss Laila.
"Ayah pesakit pergi mana?"
"Saya pun tak tau doc, tadi dia kata nak keluar sekejap."
Zhafriel yang mendengar segera ke bilik Aina dan memeriksa keadaan Aina.
"Ayah pesakit pergi mana?"
"Saya pun tak tau doc, tadi dia kata nak keluar sekejap."
Zhafriel yang mendengar segera ke bilik Aina dan memeriksa keadaan Aina.
"Aina, ni saya
Zhafriel.", ujar Zhafriel kepada Aina yang baru sedar.
"Saya dekat mana ni? "
"Awak dekat hospital dan saya yang merawat awak dekat sini."
"Kenapa dengan saya?", Aina memandang kaki kanannya yang berbalut dan tidak berani merenung tunangnya Zhafriel.
"Kaki awak lumpuh tapi awak jangan risau lumpuh awak bukan selamanya. Awak boleh jalan semula dengan izinNya. In syaa Allah."
"Ummi saya mana? dia macam mana? Saya nak jumpa ummi saya..", pinta Aina. Baru sahaja Zhafriel ingin menjawab soalan Aina, handphone di koceknya berbunyi. Dia seluk koceknya dan menjawab panggilan yang diterima. Kemudian, tanpa menoleh ke arah Aina, Zhafriel terus keluar daripada bilik itu kerana dia mendapat panggilan kecemasan daripada unitnya. Aina yang melihat tindakan Zhafriel memahami akan situasi itu.

Selepas sahaja Zhafriel keluar muncul
satu suara yang amat dia rindui.
"Assalamualaikum..",
Dr.Zaharuddin memberi salam kepada anaknya.
"Waalaikumussalam, ayah...", jawab Aina sambil menitiskan air mata sejurus melihat ayahnya.
"Alhamdulillah anak ayah dah sedar. Anak ayah macam mana? Ada rasa sakit lagi tak? Nanti ayah boleh periksakan. Kalau Aina haus ayah boleh ambilkan air. Aina nak…", percakapannya dicantas oleh anaknya.
"Ayah, Ana minta maaf. Kalau Ana tak ajak ummi hari tu, mesti semua ni takkan berlaku. Ana minta maaf ayah, maafkan Ana", tangisan Aina mula kedengaran.
"Tak apa lah Ana, benda dah terjadi jangan diungkit. Semua ni dah termaktub di sisiNya. Sudah lah, jangan menangis. Ayah tak salahkan Aina pun", jawab Dr.Zaharuddin memujuk anaknya.
"Ayah, ummi dekat mana ayah? Ana nak jumpa ummi. Ana nak minta maaf dekat ummi. Mana ummi ayah?", soal Aina.
"Ana, sebelum tu ayah nak kamu beristighfar kepadaNya dan berselawat ke atas rasulNya dahulu. Ayah nak Ana terima apa yang ayah nak katakan ini dengan dada yang tenang. Ayah tak nak Ana salahkan takdir dan diri Ana ye." Dr.Zaharuddin cuba untuk menenangkan anaknya sebelum dia memberitahu berita mengenai pemergian isterinya.
Aina yang mendengar arahan ayahnya seperti dapat mengagak apa yang akan disampaikan oleh ayahnya dan dia berharap apa dia fikirkan tidak sama dengan apa yang ayahnya ingin perkatakan.

"Ana, ummi dah pergi menghadap
Ilahi di tempat kejadian. Ummi selamat dikebumikan berdekatan dengan rumah
kita. Ayah harap kamu bersabar ye. Ana jangan risau ayah akan sentiasa ada
dekat dengan Ana. Ayah janji, selagi ayah masih hidup ayah akan jaga Ana. Ana
jangan bersedih ye nak..", ujar Dr.Zaharuddin sebak. Dia memeluk anaknya
dengan penuh kasih sayangnya. Dia tidak mahu anaknya berasa kesunyian.
Bagai halilintar membelah bumi. Aina menangis teresak-esak di dalam pelukan ayahnya setelah mendengar ummi yang dia kasihi pergi meninggalkan dirinya buat selamanya.
"Ummi, ummi, maafkan ana ummi..ummi !!!", jerit Ana di dalam dakapan ayahnya sebelum kembali tidak sedarkan diri. Zhafriel yang mendengar teriakan Aina bergegas ke bilik itu dan memeriksa kondisinya.

Dr.Zaharuddin yang bimbang anaknya
hilang kawalan, setia disisi anaknya. Dia menunggu dengan penuh sabar sambil
mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Dia berharap anaknya akan bangun dengan
tenang selepas mendengar kalamNya.
"Aina, aku minta maaf sebab tak
jenguk kau dekat hospital. Aku tak tau pun kau accident. Maafkan
aku sebab tak tolong kau waktu susah dulu. Maafkan aku eh Aina.", Pelukan
pada sahabatnya di eratkan.
"Tak apa lah Farah, semua dah
jadi pun. Aku reda semua ni berlaku dekat diri aku. Kau tak yah lah nak nangis
sangat. Malu lah anak-anak kau tengok. Nanti diaorang ingat aku pulak yang buat
kau nangis. Dahlah Farah. Aku dah ok dah…tengok ni.", ujar Aina sambil
mengoyangkan kakinya.
Farah yang melihat senyuman pada
wajah sahabatnya, mengelap air matanya.
"Ala..kau ni Aina, buang air mata aku je menangis sebab kau..", sakat Farah.
"Hek eleh…sapa yang suruh kau nangis, aku tak suruh pun kan..", balas Aina.
"Dah, cerita kau tu macam drama dalam tv. Mana aku tak nangis nya. Touching dia lebih sikit kot sebab pelakon utama drama tu ada kat depan aku sekarang. Terharu kejap sebab pelakon drama tu datang jumpa aku..hehe", usik Farah.
"Ye lah tu…tak mintak autograph pun. Air pun tak hidang, tak kesian ke dekat artis yang datang dari jauh ni..Mati kehausan dibuatnya nanti macam mana?".
"Eh, sorry friends. Tak perasan yang aku belum hidang minuman dekat kau. Khusyuk sangat dengar cerita kau sampai lupa buat air. Sorry eh..", sengih Farah dan berlalu ke dapur untuk membancuh air untuk sahabatnya.

"Aina, kau dengan Zhafriel apa
cerita?", soal Farah sambil menuangkan air sirap kepada Aina.
"Oh, lupa nak bagi tau kau. In
syaa Allah majlis perkahwinan aku dengan Zhafriel akan berlangsung pada bulan hadapan.
Jemputlah datang. Aku nak kau jadi pengapit aku. Boleh?", senyum Aina.
"Wah, tahniah2! Welcome
to our group. Hehe..tapi kan, boleh ke aku jadi pengapit kau dengan perut
memboyot ni?", soal Farah sambil mengusap perutnya.
"Ala, tak apa je lah..bukan kau
yang nak kahwin kan, aku yang nak kahwin. Kalau kau yang kahwin, Khairul kau tu
nak letak mana. Isteri hanya ada satu kuota je eh, tak payah nak menggatal
sangat nak bergaya waktu kahwin nanti. Sopan-sopan cukup…", gurau Aina.
"Ala kau ni Aina, macam tau-tau
je kan..", balas Farah. Mereka ketawa kegembiraan.
Aina bersyukur kerana Allah swt
menemukan dia dengan sahabatnya kembali dan dia juga bersyukur ayahnya tidak
pernah mengabaikannya walaupun sibuk dengan pesakitnya. Sejak umminya pergi, Dr.Zaharuddin
lah tempat dia bermanja dan Allah s.w.t telah menghadiahkannya nikmat yang
terbesar baginya. Bakal suami yang soleh; seorang doktor yang berkaliber
al-hafiz membuatkan dia amat bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan
padanya. Ujian yang menimpa dirinya benar-benar telah mengajarnya erti
keikhlasan yang sebenar. '…Yang menciptakan mati dan hidup, untuk
menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha
Perkasa, Maha Pengampun.',al-mulk 67:2. Semakin di uji, semakin diangkat
darjatnya di sisi Allah. Bukan keluhan yang perlu dibajakan tetapi sabar dan
ikhlas, ikhlas dan reda lah yang perlu dituaikan dalam diri.
-TAMAT-
::A.S.A.S::
AMMAN JORDAN
AMMAN JORDAN
No comments:
Post a Comment