- ILMU QIRAAT 2.0 -
Pembahagian qiraat terbahagi kepada beberapa bahagian besar. Imam Ibnu al-Jazari membahagikannya kepada lima bahagian. Antaranya:-
1/ Qiraat Mutawatir
- Qiraat ini diambil atau diterima sanadnya secara beramai-ramai daripada Rasulullah s.a.w dan mustahil berlakunya pendustaan terhadap bacaannya hingga ke hari ini seperti qiraat yang terdapat dalam Toriq al-Syatibi dan Toriq al-Jazari.

2/ Qiraat Masyhurah
- Qiraat ini merupakan qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak sampai ke tahap atau martabat mutawatir. Ianya menepati istilah dan kaedah bahasa arab serta mushaf Uthmani. Qiraat ini juga masyhur di sisi para Imam Qurra' dan di dalamnya tidak terdapat kesilapan dan keganjilan.

3/ Qiraat Aahad
- Qiraat ini adalah qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak terdapat dalam mushaf Uthmani dan tidak menepati kaedah bahasa arab serta tidak masyhur dalam kalangan Imam Qurra'. Qiraat ini juga tidak seharusnya dibaca seperti al-Quran.

4/ Qiraat Syazah
- Qiraat ini merupakan qiraat yang tidak mempunyai sanad yang sahih.

- Sebagai contoh dalam ayat 10 daripada suruh Al-'Araaf:
(( وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ ۗ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ ))
Kharijah Ibnu Mus'ab daripada Nafi' membaca kalimah ini dengan hamzah:
(( مَعَايِشَ)) - (( مَعَائشَ ))
(( مَعَايِشَ)) - (( مَعَائشَ ))
5/ Qiraat Maudhu'
- Qiraat yang direka-reka. Bukannya datang daripada Rasulullah s.a.w dan qiraat ini juga tidak tahu daripada mana datang asalnya. Ini bermakna ia diambil daripada seseorang yang tidak diketahui sanad dan rawinya.

- Contohnya dalam ayat 28 daripada suruh Fathir:
(( إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ))
Imam Muhammad bin Ja’afar Al-Khuza’i (Abdul Fadhal Muhammad bin Ja’afar) membaca lafaz "Allaha" dengan baris depan "Allahu" dan membaca kalimah "' 'Ulama'u" dengan baris atas " 'Ulama'a".
......................................................
InsyaAllah hari yang akan datang kita akan membincangkan pula tentang rukun-rukun qiraat dan pengenalan para Imam Qiraat tujuh dan Imam Qiraat sepuluh. Apakah perbezaan antara kedua ini? InsyaAllah kita akan bincangkan nanti.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment