18 December 2016

- Kasih Tuhan -

Eish biddik?”, aku menanyakan kepadanya apa yang diinginkan. Aku yang sedang ralit mengemas buku ingin pulang ke rumah tiba-tiba dilanggar oleh seorang perempuan arab dari belakang membuatkan aku terduduk menyembam lantai. Terasa pijar kepala aku dibuatnya. Kalau ia pun tidak berpuas hati, berhadapan lah dengan secara baik. Ini lah salah satu sikap arab yang kurang professional. Melihat sikapnya yang kurang adab, mulut aku cuba untuk membalas tetapi dihalang oleh bisikan kata.

“Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim. Tapi, jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

Aku membiarkan dia pergi walaupun sakit hati menjelma. Istighfar langsung basah di bibir. Saat aku ingin bangun, terasa ada tangan yang memegang bahuku.

“Awak ok?”, Tanya dia.

“Alhamdulillah. Terima kasih”, aku membalas dengan senyuman.

“Saya Trisya, Syarifah Trisya Syahirah Wafa’. Awak?”, jelasnya memperkenalkan diri.

“Oh, saya Anis Sahirah”, jawabku ringkas menyambut salamnya.

“Belajar sini ke?”, soal aku padanya.

“Eh, tak ada lah. Saya teman abang saya je. Kebetulan saya lalu sini dan saya nampak awak terjatuh. Saya terus meluru ke sini. Kenapa dengan dia tadi?”, soalnya inginkan kepastian.

“Tak ada apa lah. Biasalah manusia. Kadang tidak puas hati dengan sesuatu perkara, semua benda boleh jadi huru-hara”, jawab aku ringkas sambil menepuk debu yang melekat di baju.

“Itu lah kan orang arab ni. Kalau baik, baik betul sikapnya tapi kalau belang dia dah naik, semua benda boleh terbalik. Alik-alik kita yang kena tempias”, balasnya tidak berpuas hati dengan sikap segelintir masyarakat arab disini.

Aku yang mendengar omelannya tergelak kecil. Aku yang terkena. Dia yang membara. Baru pertama kali bersua, hati sudah ketawa. Hilang rasanya kekusutan di jiwa.
….…..

Katakanlah (Wahai Muhammad) : ‘Wahai hamba-hambaku yang beriman ! Bertakwalah kepada Tuhanmu.’ Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas. (Az-Zumar : 10)

Ya Allah, kau berilah aku kesabaran dan tetapkanlah hati aku di jalan dakwah Mu.”, doa Aisyh di dalam hati. Kalam suci-Nya ditadabbur dengan penuh jiwanya.

“Aisyh, kau nak keluar pukul berapa?”

Dia yang mendengar pertanyaan sahabatnya Zharif, menyudahkan bacaannya pada ayat yang terakhir.

“Nak pergi mana? Aku off  lah hari ni. Nak rehat. Penat dua hari dekat hospital.”

“Eh, kau ni. Hari ni kan kita ada usrah. Kau dah lupa ke?"

“Usrah? Hari ni hari apa? Hari khamis eh? Aku lupa lah. Nasib baik kau ingatkan. Ok, kita gerak pukul empat. Kau drive. Aku tak larat. Hehe...Eh kejap, hari ni kita buat usrah dekat mana?”, balas Aisyh lalu mencapai bahan bacaan yang akan dibentangkan oleh Naqibnya di dalam usrah nanti.

Astaghfirullahal ‘azim. Semua benda kau lupa. Nampaklah penat tu. Hari ni kita buat dekat rumah Hafiz. Berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kau rehatlah dulu. Nanti setengah jam nak pukul empat aku gerakkan kau and ok aku drive tapi minyak kau bayar lah”, sengih Zharif.

Ok fine. Mentang-mentanglah kereta aku dekat workshop. Bijak kau ambil kesempatan eh”, perli Aisyh sebelum matanya terlelap dek kepenatan yang melanda. Buku yang dipegangnya terlepas menutupi wajahnya.
….……

“Irah kenapa saya tengok awak selalu menyindiri semenjak peristiwa awak dengan orang arab tu? Dia ada serang awak lagi ke?”, Trisya menghampiri aku yang sedang termenung di balkoni rumah.

“Eh, tak adalah. Dia dah minta maaf dah dengan saya. Hari tu dia baru break up dengan kekasih dia. Tu yang dia tension sangat sampai terlanggar saya.”

What?! Pasal lelaki dia buat awak sampai terjatuh?”, jerit Trisya tiba-tiba.

Aku menarik hujung bajunya dek suaranya yang nyaring.

Ops, sorry. Tak sengaja”, Trisya menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya.

“Habis tu, dasyat sangat arab ni sampai putus cinta pun nak lepaskan amarah dekat orang”, sambung Trisya.

“Ala, dia tak sengaja lah. Tak apalah benda dah lepas”, jawab aku tidak mahu membahasnya lagi.

“Hmm...awak ada masalah lain ke yang mengganggu fikiran awak? Atau saya ada sakitkan hati awak? Kalau saya ada lukakan hati awak, saya minta maaf”, pinta Trisya yang melihat aku diam tidak berputik sepatah kata.

Aku memandangnya silih berganti dengan bintang yang berkelipan di langit.
“Sya, awak tak ada buat salah apa-apa pun dengan saya. Mungkin saya tension sebab imtihan akhir dah nak dekat dan banyak lagi yang saya belum study”, bohongku.

“Hrm ok, kalau awak ada masalah cakaplah. 24 hours saya untuk awak. Haha..”, gurau Trisya.

“Dah start dah punchline dia. Tiba-tiba tekak saya rasa nak minum hot chocolate lah”, acah aku padanya.

Aaagghhhrrr....

“Irah, mata saya dah mengantuk lah. Saya masuk tidur dulu ye. Esok jangan lupa kejutkan saya bangun subuh. Hehe.. Jangan sedih-sedih tau”,  balasnya sambil pura-pura menukup tangannya di mulut dan sengih berlalu masuk ke bilik. 

Dalam hatiku bersyukur kerana Allah menghantar dia untuk aku. Keberadaan Trisya di sisi aku serba sedikit mengurangkan kesunyian yang melanda. Walaupun cuma berbaki seminggu sahaja lagi dia ingin pulang ke Malaysia, masih ada ruang untuk aku bersamanya. 24 hours lah sangat…”, balasku sambil menggeleng kepala melihat telatahnya. 

Mataku kembali menatap malam yang indah walau hati gelisah memikirkan urusan graduasi aku di sini. Benarlah kata Max Karl Ernst Ludwing Planck,

"Ilmu pengetahuan tidak dapat memecahkan misteri dari alam. Dan itu kerana, dalam analisis terakhir, kita sendiri adalah bagian dari alam dan karena itu bagian dari misteri yang kita berusaha untuk memecahkan.”

Masih banyak misteri lagi yang aku belum selongkar di bumi Syam ini. Inilah yang membuatkan hati aku sayu mengenangkannya. Keluh aku bersama hebusan angin malam.

3 tahun kemudian…

“Zharif, aku tak dapat nak join usrah lah hari ni. Aku ada On Call and aku kena tidur dekat sana lagi. Kau sampaikan salam aku dekat Abang Azzam ok. Aku pergi dulu. Assalamu’alaikum”, kabar Aisyh kepada Zharif.

“Ok, Wa’alaikumussalam. Rawat patient tu elok-elok. Jangan sampai salah bagi vitamin.” Sayup-sayup suara Zharif menyakat aku sebelum pintu rumah aku tutup.

“Dr.Aisyh, you tolong buat Electrocardiography (ECG) on patient 306”, arah Dr.Kamal.

“Baik doc”, jawab Aishy ringkas lalu memulakan kerjanya.

“Assalamu’alaikum doc, sorry ganggu. Boleh saya tahu dekat mana Cardiac intensive care unit (CICU)?”, tanya Irah sambil melihat kertas yang diberi oleh pekerja di sini.

Aishy memalingkan kepalanya ke belakang setelah mendengar suara gadis memberi salam kepadanya. Tatkala mata bertembung mata dengan gadis di hadapannya, hatinya bagai di sambar kilat, membuatkan pen yang di pegangnya terjatuh. Dalam hatinya memuji ciptaan Tuhan yang indah bak pelangi. Subhanallah, cantiknya.

“Sorry, apa you tanya tadi?”, soal Aishy ingin menutup malunya.

Doc tau tak dekat mana CICU?”, ulang Irah.

“Oh, daripada sini you terus sahaja then belok kiri. Kalau boleh tau siapa yang sakit ye? sebab I baru keluar daripada ward sana”, balas Aishy.

“Oh ye ke, Alhamdulillah kebetulan. Ummi saya yang sakit. Kalau boleh tahu macam mana ye kondisi ummi saya sekarang?”, soal aku resah ingin tahu keadaan ummi tercinta dengan cepat. Cemas aku dibuatnya apabila ayah memberitahunya bahawa ummi berada di hospital.

“Siapa nama ummi you?”, soal Aishy inginkan kepastian.

“Hajah Syahierah binti Hj. Ahmad Hafiyuddin”, jawab Irah tidak sabar mendengar kabar umminya.

Oh, ummi you duduk dekat katil 306 and She’s ok Alhamdulillah. Esok kami akan pindahkan ummi you dekat ward biasa. InsyaAllah”, jawab Aishy sambil matanya tidak lepas daripada melihat gadis yang berada di hadapannya. Dalam waktu yang sama, hatinya memberontak melawan nafsu agar mengawal Iman di dada.

“Boleh saya lawat ummi saya sekarang?”, soal aku lagi.

Aishy melihat jam di tangannya. “Oh, I’m sorry. Sekarang ini tak boleh sebab masa melawat dah habis. Kalau you nak lawat, boleh datang esok jam 8 pagi”, balas Aishy masih terpana melihat gadis di hadapannya.

“Oh ye ke, kalau macam tu terima kasih banyak doctor. Ni nombor saya. Kalau ada apa-apa dengan ummi saya contact saya. Saya balik dulu. Assalamu’alaikum”, pinta Irah lalu pergi meninggalkan ruangan itu. Dalam hatinya berasa sedih kerana tidak dapat melihat umminya tetapi dalam waktu yang sama dia bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umur umminya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Monolog hatinya.

Aishy melihat sekeping kertas merah jambu yang berada di tangannya. Mimpi apakah dia petang-petang ini dapat berjumpa dengan bidadari. Hatinya tersenyum melihat kertas yang dipegang olehnya. Jika betullah dia jodoh aku. Moga Allah tunjukkan aku kebenaran yang tersembunyi di sebalik rahsia-Nya.
….……

“Irah saya nak tanya awak something boleh?”, soal Trisya pada sahabatnya.

“Nak tanya apa? Soal lelaki?”, teka aku seakan dapat meneka apa yang ingin ditanyakan.

“Hrm, pandai awak teka. Saya nak tanya macam mana kita nak kawal hubungan kita dengan lelaki ye? Maksud saya, nak jaga ikhtilat tu. Lebih-lebih lagi dekat tempat kerja saya. Mereka seolah-olah tidak tahu batas antara lelaki dan perempuan. Saya takut saya terjebak sama tanpa saya sedari”, keluh Trisya.

Mendengar keluhan Trisya, tahu lah bahawa sahabatnya memerlukan kekuatan untuk berhadapan dengan dunia yang semakin rumit untuk dikendalikan. Aku memberhentikan suapan di mulut lalu memegang bahunya.

“Sya, kalau awak ada prinsip seorang Muslimah dalam diri awak. Awak kena jaga betul-betul. Jangan sampai ia longgar dek tangan-tangan yang ingin melepaskannya. Sama dengan plastik ini. Ikatan plastik ini tidak akan terlepas kalau ada yang membukanya.”, aku mengambil plastik di sebelahnya.

“Sesuatu itu tidak akan terjadi kalau kita yang mulakannya. Kadang-kadang ia terjadi tanpa kita pinta tetapi saat ia terjadi kita boleh  mengawalnya. Dengan apa? Dengan Iman dan taqwa. Sebagai Muslimah, kita kena protect diri kita daripada sebarang fitnah yang akan tercipta. Sama dengan bunga tu.”, aku memberi analogi lagi kepada Trisya dengan menunjukkan bunga mawar yang berada di hadapan aku.

“Jadilah seperti bunga mawar yang indah berpagarkan duri. Jangan biarkan diri awak menjadi bunga yang indah tetapi sayang tidak berduri. Duri mawar itu ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlaq dan al-haya’. Selagi awak jaga percakapan awak dan tingkah laku sebagai seorang Muslimah dan sebagai Hamba Allah, InsyaAllah, Allah akan membantu dan melindungi awak untuk menjadi yang terbaik di mata-Nya.”

Trisya memandang aku dengan linangan air mata di tubir matanya. “Irah, macam manalah nak jadi kuat macam awak? Untung siapa dapat awak”, gurau Trisya dalam nada terharu.

Aku hanya membalas dengan senyuman.
….……

Tarbiyah is not everything but everything is nothing without Tarbiyah”, Azzam mengakhiri kalamnya buat adik-adik usrahnya sebelum mereka pulang ke rumah.

Bang, saya nak tanya sikit boleh?”, tanya Aishy setelah tinggal dia dan Naqibnya sahaja di masjid itu.

“Nak tanya apa? Enta ada masalah dekat tempat kerja ke?”, balas Azzam kepada adik usrah nya.

“Eh, dekat hospital Alhamdulillah everythings ok tapi hati saya yang tak ok”, sengih Aishy.

“Kenapa dengan hati enta? Dah ada yang curi ke?”, gurau Azzam.

“Erm, macam tu lah”, Aishy menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Azzam memadang adik usrahnya dengan sebuah senyuman. Aisyh, kalau enta dah ada yang berkenan di hati. Solat istikharah lah dulu. Minta petunjuk daripada Allah s.w.t. Jangan biarkan hati enta leka dengan belaian Syaitan. Minta dekat Dia supaya pegang hati enta dulu. Moga hati enta tenang untuk buat keputusan dan bila enta dah yakin dengan pilihan enta, pergilah jumpa dengan ibu bapa si dia.

“Tapi bang, saya takut lah bang”, jawab Aisyh jujur.

“Eh, doktor pon takut juga ke?”, gurau Azzam dengan ketawa.

“Ye lah, kalau dia tolak saya macam mana”, tambah Aisyh lagi.

“Aisyh, tak perlulah takut. InsyaAllah kalau kita labuhkan cinta kita kerana Allah, cinta kita akan terbalas. InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya. Tetapi kalau dia bukan milik kita, pasti Allah nak hadiahkan yang lebih baik untuk kita. Pilihan Allah itu insyaAllah sentisa tepat dan baik untuk kita”, pujuk Azzam.

Aisyh memandang muraqibnya. Ada betulnya apa yang dikatakan. Kenapa kita perlu takut. Kalau kita yakin dengan ketentuan Allah, InsyaAllah Dia tidak akan mengecewakan kita. Janji Allah sentiasa benar. Jika betul gadis itu untuk aku, InsyaAllah moga Allah satukan tetapi jika sebaliknya, moga Allah beri aku petunjuk dan taufiq-Nya.
..……..

“Ummi hati-hati ummi”, aku memimpin tangan ummi keluar daripada ruangan kereta. Alhamdulillah, hari ini ummi dibenarkan keluar daripada hospital.

“Kamu tak kerja ke hari ini Irah?”, soal Hajah Syahierah kepada anaknya.

“Hari ini Irah cuti”, bohongku. Walhal aku mengambil cuti untuk jaga ummiku. Nasib baik boss nya mulia hati memberi cuti pada dirinya.

“Alhamdulillah. Nasib baik ada yang teman ummi hari ini.” Hajah Syahierah bersyukur kerana masih ada anaknya yang menjaga dirinya. Tiba-tiba dia terkenangkan arwah anak sulungnya Muhammad Danial yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setahun dia mengambil masa ingin melupakan tragedi itu.

“Kenapa ummi cakap macam tu, Irah kan anak ummi. Irah akan jaga ummi sampai bila-bila. Sampai Irah mati”, balas aku sambil memeluk belakang ummi.

“Eh, apa sebut pasal mati ni. Ummi tak suka”, marah Hajah Syahierah dengan memandang tepat wajah anaknya. Dia tidak mahu lagi kehilangan anaknya.

“Minta maaf ummi. Irah tak sengaja. Irah janji, Irah tak sebut lagi.” Aku tutup mulut dengan hujung tudung aku apabila menyedari keterlanjuran kataku. Aku terlupa bahawa ummi sensitif apabila bicara soal mati.

Hajah Syahierah membalas pelukan anaknya. Marahnya bukan kerana benci tetapi dia takut anaknya pergi seperti anaknya Danial. “Tak apa Irah. Kamu tak perlu minta maaf pun. Ummi cuma takut ummi kehilangan kamu”, balas Hajah Syahierah dengan deraian air mata.

“Ala ummi, tak perlu takut. InsyaAllah Allah panjangkan umur Irah untuk ummi. Irah akan sentiasa ada untuk ummi”, pujuk aku sambil mencubit pipi gebu milik ummi.
Hajah Syahierah ketawa melihat gelagat anak manjanya itu. Ada sahaja telaah dia ingin menyejukkan hatinya.

Haji Hafizuddin yang melihat senario dua beranak di hadapannya hanya mampu tersenyum. Sudah lama dia tidak melihat isterinya ketawa.
….……

“Aisyh, kau tak kerja ke hari ni?", soal Zharif yang melihat sahabatnya termenung sambil menguis nasi di pingganya.

Aisyh memberhentikan tangannya dan memandang Zharif di hadapannya. “Hari ni aku off.”, jawabnya ringkas kemudian merenung Zharif lama.

Zharif mengusap muka dan mulutnya beberapa kali dengan tangannya. Takut-takut ada nasi atau sisa makanan yang terlekat apabila Aisyh memandangnya tidak berkelip.

Papp!!!

Zharif mengetuk meja dengan kuat sehingga nasi yang berada di depan Aisyh berterabur dek terkejut dengan sergahannya.

“Rif, ada gempa bumi ke?”, Aisyh bangun ingin keluar dari rumah tetapi terhalang dengan sahutan Zharif.

“Ha’ah, ade gempa bumi dalam mimpi kau! Kau dah kenapa Aisyh. Aku cakap dengan kau pun tak dengar”, berderai ketawa Zharif apabila melihat keadaan sahabatnya yang memegang pinggan nasi ingin keluar dari rumah.

“Ish, kau ni Rif. Kalau ye pun nak sergah, tak payah lah nak sergah macam tu. Nasib baik aku ni tak ada sakit jantung tau”, Aisyh mengurut dadanya sambi duduk kembali di meja makan.

“Kau dah kenapa Aisyh? Muka dan macam orang putus cinta je aku tengok? tapi semenjak bila kau bercinta?”, soal Zharif inginkan kepastian sambil ketawa apabila membayangkan sahabatnya tadi.

“Dah lah tu. Tak payah nak ketawakan aku sangat”, jawab Aisyh sudah lali dengan sikap sahabatnya itu. Suka membuat dirinya terkejut.

“Dah tu, kau tu buat lawaklah. Dah macam orang curi makanan nak lari keluar rumah je tadi. Haha..”, gurau Zharif lagi.

“Aku takut lah Rif”, keluh Aisyh.

Zharif membetulkan duduknya setelah menyedari gurauannya tidak menjadi. “Apa yang kau takutkan? Kau ada buat salah ke dekat hospital?”, soal Zharif dengan nada serius.

“Tak lah. Aku takut pinangan aku di tolak”, jawab Aishy dengan suara pelahan.

Zharif yang ingin ketawa membatalkan hasratnya. Takut pula rakannya terasa dengan sikapnya. Iyalah, masalah perempuan sahaja dah membuatkan sahabatnya diam tidak berputik.

“Tawakkal je lah Aisyh. Serahkan semuanya dekat Dia. InsyaAllah dipermudahkan. Kalau dia dah memang jodoh kau, tak kemana pun. Tapi kalau dia bukan jodoh kau, InsyaAllah Dia nak bagi kau yang terbaik lagi. Relax lah bro”, pujuk Zharif.

“Hrm, susah juga kan kalau bermain dengan perasaan. Macam-macam spekulasi timbul”, keluh Aisyh
….…..

“Aku terima nikahnya Anis Sahirah binti Haji Hafizuddin dengan mas kahwinnya seribu lima puluh ringgit tunai.”

Sah! Bergema suara satu masjid..

“Alhamdulillah”, ujar Aisyh.

Seusai solat sunat selepas nikah dilakukan, Aisyh memandang wajah isterinya tidak berkelip. Masih mimpikah aku? Seolah-olah yang berada di hadapannya ini bukan wanita biasa tetapi bidadari yang turun dari kayangan. Saat upacara pembatalan air sembahyang hendak dilakukan, tangan aku bergetar ingin menyalami bidadari yang baru sahaja sah bergelar menjadi isteri aku. Inikah yang dinamakan getaran cinta suci.

Irah menyambut tangan suaminya walaupun dengan sedikit takut dan malu. Dalam hatinya bersyukur Allah menjaga hatinya sehingga lah hari ini. Saat ummi dan ayahnya menyatakan ada seorang doktor merisiknya di hospital sewaktu umminya dirawat, hatinya terus resah. Apakah jawapan yang patut diberi.

“Assalamu’alaikum”, Aisyh memberi salam kepada isterinya saat cincin ingin disarungkan di jari manis milik isterinya.

“Wa’alaikumussalam”, Irah menyambut salam suaminya sambil menundukkan mukanya dek kerana malu di pandang begitu. Tidak pernah lagi ada seorang lelaki yang menyentuh dirinya.

“Terima kasih kerana sudi terima saya dalam hidup awak. Moga hubungan kita kekal hingga ke syurga dan diberkati-Nya. Aamiin”, bisik Aisyh di telinga isterinya setelah cincin disarungkan.

Irah yang mendengar tertertunduk malu. Merah mukanya saat itu. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

“Boleh abang tahu kenapa Irah terima abang?”, Aisyh menukarkan gelaran dirinya walaupun dia juga malu dengan gelaran itu.

Irah memberanikan dirinya memandang lelaki yang sudah bergelar suaminya.
“Kerana abang hormat Irah sebagai seorang perempuan. Abang tidak pernah mesej Irah ketika abang hendak malamar Irah tetapi abang berjumpa dengan ummi dan ayah Irah. Sebab itu lah Irah terima abang”, balas Irah dengan senyuman.

Aishy yang mendengar jawapan isterinya mengalirkan air mata. Syukur kepada Tuhan. Jika ikutkan nafsunya, memang dia hendak menghantar mesej kepada isterinya. Tetapi dihalang oleh Iman di hatinya. Dia bersyukur Allah masih pegang hatinya ketika itu. MasyaAllah, Alhamdulillah. Segala puji bagi-Mu Ya Allah. Kasih-Mu sangat indah.

Tamat.
….…..

Malu lah pada Allah Sang Pencipta. 
InsyaAllah hati dijaga dengan Iman dan Taqwa.

No comments:

Post a Comment

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...