17 December 2016

- Duka & lara -

Segala kepahitan dan keperitan,

Ku terima sebagai penghapus dosa.

Tatkala malam nan gelita,

Qalbuku penuh duka dan lara.

Mengapa pahit tuk menerima,

Walau ia bukan di alam maya.

Apakah maksud ini semua?

Aku tidak sanggup dan tiada daya.

Wahai jiwa yang penuh rahsia,

Apa yang engkau mahukan?

Tidak akan dapat ku duga,

Apa yang engkau inginkan.

Ya Allah Pemilik Jiwa,

Ku pinta pada-Mu,

Berikan lah ketenangan padaku,

Tidak kuat untuk ku berdiri,

Sekiranya ku lemah dan lesu,

Hatiku kan mati tidak beerti.

Bangkit kan aku wahai Sang Pencipta,

Peganglah aku dan pimpinlah aku.

Hatiku merana inginkan cinta dari-Mu.

No comments:

Post a Comment

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...