07 August 2016

Cantiknya seorang wanita itu bukan pada indahnya kata tetapi malunya pada yang Maha Esa...

 Bukan pada lenggok badannya tetapi kehormatannya yang terjaga...

Bukan pada matanya tetapi tawadhu'nya pada yang Maha Pencipta...

Bukan pada bajunya tetapi kesederhanaan yang dimilikinya..

Bukan pada bibirnya tetapi alunan zikir yang dilafaznya...

Bukan pada hartanya tetapi keikhlasan akan nikmat-Nya...

Bukan pada kerjayanya tetapi pencapaian dalam ibadahnya...

Cantiknya dia bak bidadari Syurga yang indah dihiasi permata...








02 August 2016

Al-Quran itu ibarat Bulan di malam hari.

Saat kau berada di dalam kegelapan, dia datang membawa cahaya.

Saat kau berada di dalam kesesatan, dia datang dengan cahaya petunjuk.

Jadikanlah dia Teman hidupmu sepanjang Masa. Nescaya kau akan bahagia.

PUTIH SEPUTIH SALJU


"Cantikkan bunga ni. Putih suci.."

"Cantik...". Aku mengiakan kata-katanya dengan senyuman.

"Tapi kenapa dekat luar sana kotor? Banyak sampah dekat tepi jalan. Kesian dekat bunga ni." wajahnya berubah kelat.

Aku usap belakangnya sambil berkata, "Mungkin kitalah yang kena bersihkan. Sebab tu lah Allah gerakkan hati kita datang sini kan?", aku bersoal teki dengannya.

Dahinya berkerut memikirkan kata-kataku. Benang yang tertarik pada tudungnya, ditariknya dengan tangan. Mungkin hatinya menjawab, 'kenapa pula kita yang kena bersihkan?'.

Hatiku tersenyum melihat kerutan tua di dahinya, aku seolah-olah dapat meneka apa yang sedang bermain di benak fikirannya. Aku memadangnya silih berganti dengan bunga yang berada di dihadapannya, "Nak tau tak, hati kita pun akan putih macam bunga ni kalau kita bersihkan tempat ni. Putih seputih salju. Tapi kalau kita hanya biarkan sampah tu bertimbun, mungkin hati kita juga akan kotor sepertinya sebab mungkin tanpa kita sedar mulut kita mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah di saat kita melihat sampah-sampah tu." Jari aku tunjukkan ke arah sampah di sebalik tangga.

"Samalah macam pinggan mangkuk, rumah, bilik dan baju, kalau kita bersihkan mesti akan jadi putih bersih serta berkilat tanpa sebarang kotoran yang melekat tapi kalau kita biarkan dan tinggalkan semua tu tidak dibasuh dan tidak dibersihkan mesti ia akan mengeluarkan bau yang busuk dan akan kelihatan kotor hitam berdebu. Macam tu jugalah hati kita. Kalau kita sentiasa ikhlas kerana Allah ta'ala, bersihkan tanpa sebarang keluhan, mesti hati kita akan terasa tenang dan tangan pun ringan je nak buat tapi kalau kita hanya marah sahaja, tak semena-mena hati kita akan jadi sakit dan rugi je kita dapat saham yang tak berbayar. Betul tak?", soalku lagi.

Dia diam dan suasana tiba-tiba menjadi sepi. Azan pun berkumandang. Kemudian, saat aku ingin bangun, dia menarik tangan ku sambil tersenyum manis menjawab persoalanku tadi.

....................................................

"Biar ringan tangan, 
     Jangan kotor jiwa,
 Biar dalam Iman,
     Hidup pun selesa."

Tundukkan pandangan, jaga Iman.

Bukan bermaksud kau perlu menyembah bumi tapi pandangan itu ibarat racun yang memanah. Jika kau tidak menjaganya, kau akan mati.

Malu lah pada Dia yang meminjamkan kau mata. Jika kau tidak menghargainya, kau akan derita.

CORETAN TAKDIR


Bole Chudiyan Bole Kangana~..~
~Haay Main Ho Gayi Teri Saajna..~
~Tere Bin Jiyo Naiyyo Lagda..Main Te Margaiyaan..~
~Lehja Lehja Dil Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..Lehja Lehja Dil..Lehja Lehja Soniye Lehja Lehja..~

"Ya allah! Siapa lah yang berindustan pagi-pagi ni !"
Tidur aku yang lena tadi dikejutkan dengan bunyi alarm handset entah lagu apa pun aku tak tau,handphone sahaja yang berdering tapi tuannya pula lena di ulit mimpi, tau lah bantal tu baru beli.  nak letak, letaklah lagu Al-Qassam ke Mujahid Mujaddid ke, semangat sikit aku nak bangun. Ni tak, pagi-pagi dah buat orang sakit telinga. "Huhh..", jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku  bangkit dari katil pergi membersihkan diri untuk mengadap Sang Pencipta. Sebelum bertemu dengan Dia, elok lah aku bersihkan diri dahulu, kasi wangi-wangi sikit, barulah selesa nak beribadah. Allah s.w.t pun telah menyuruh hambanya bersuci dalam sabdaNya
"Wahai orang-orang yang Beriman! Apabila kamu hendak laksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kedua kakimu sampai kedua mata kaki…" . Kalau aku tak buat apa yang Dia suruh bererti aku dengan musuh aku sama sahajalah kan. Ingkar perintahNya. "Nauzubilllah..", tak naklah aku.
"Aina!! Aina!! cepatlah sikit. Apa yang kau buat lama-lama kat dalam tu, bukannya ada shopping complexs pun. Cepatlah sikit, mengalahkan perempuan lah kau ni", pekik Farah. Aku yang baru sahaja ingin memulas tombol pintu membatalkan hasrat untuk membukanya. Bukan apa, geli gusi pula apabila membayangkan muka Farah yang sedang marah. Itulah, tadi abang bollywood kejutkan tak nak bangun". Tapi dah memang aku perempuan pun kan, takkan jantan pulak kot, suka hati akulah nak buat apa kat dalam ni". Sebaik sahaja pintu terbuka, ternampak muka Farah yang mencuka. Apalagi badan aku yang elok berdiri di tolak ke tepi. Marah lah tu.
"Huhh…tak sayang kawan betul lah dia ni.". Apalah nasib dapat kawan macam ni, sanggup tolak kawan sendiri. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak dah lama aku tolak kau balik.
"Eh Aina, kau bersiap ni nak pergi mana?"
"Aku nak jumpa prof Kamal kejap, nak hantar kertas kerja ni, takut kalau hantar esok prof tak ada."
"Owh, Prof Kamal nak pergi mana..?"
"Dengar-dengar esok prof nak pergi Terengganu. Prof jadi panel dekat salah satu seminar dekat sana."
"Owh ye ke, prof pergi sana naik apa?", soal Farah lagi.
"Eh, dia ni..banyak pulak tanya. Perlu ke aku ambil tahu prof naik apa…huh! Kenapa kau tak tanya, kasut prof saiz berapa, prof suka warna apa, prof dah kahwin ke belum..atau prof suka kucing ke tidak???...kan..", geram pulak aku dengan Farah ni.
"Betul jugak soalan kau tu Aina, prof dah kahwin ke?", Farah tersenyum nakal.
"Ish!, ada yang makan cekodok bantal kang, dah..prof dah kahwin, dahlah..jangan nak menggatal. Ok lah aku gerak dulu eh. Kalau aku layan kau sampai esok pun tak habis, nanti aku cakap dekat prof  yang kau kirim salam."
Aku yang dah masak dengan perangai Farah minta diri untuk pergi. Farah ni pantang kalau dapat tau prof lelaki baru datang dan prof tu pula muda, apalagi naik lah ulat bulu dia tu…"Farah…Farah.." tapi Farah ni ulat bulu dalam kepompong je. Malu nak keluar katanya. Kira pemalu jugaklah kawan aku ni kan.
"Riel..cuba kau tengok perempuan tu…comel lah.."
Zhafriel yang dari tadi khusyuk membaca sheets yang doktor beri menoleh ke arah rakannya. "Haishh..dia ni, dah tak ada kerja lain ke nak buat. Punya lah banyak doktor bagi sheets, sempat lagi dia nak tengok anak dara orang. Bertuah betul lah.. ", ujar Zhafriel geram.
"Khai..kau tau tak, Allah swt cakap 'Katakanlah kepada LAKI-LAKI yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat' suruh Annur, ayat 30". Zhafriel menumbuk lembut belakang rakannya dan sengaja menekankan perkataan' laki-laki' kerana dia sedar perempuan yang dimaksudkan rakannya sudah tertunduk malu ditenung sebegitu sekali. 
Khairul mula tersedar dan segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Sudah lah ditegur sahabatnya dengan ayat quran. "Malu mak oii..". Walaupun sahabatnya itu bakal doktor tapi.."perghh….", dah boleh jadi pak imam. Aku bukan sengaja nak buat macam tu tapi mata ni dah geli sangat nak toleh kat perempuan tu, nak buat macam mana.
"Riel, sorry..sorry..aku tak sengaja..hehe..baik pak ustaz, lepas ni aku jaga mata aku..jangan marah ye, aku janji tak buat lagi..ok?..", Khairul menunjukkan dua jarinya di depan Zhafriel. Zhafriel yang mendengar perjanjian atas angin rakannya itu hanya menggelengkan kepala. Dia sudah lali dengan janji rakannya. Bukan sekali dia buat macam tu, hampir setiap kali jumpa perempuan mesti hendak toleh. Walaupun sikap Khairul begitu, Zhafriel tidak pernah jemu untuk menasihati rakannya kerana Khairul sahajalah sahabat dunia akhiratnya, mereka berkenalan sejak dibangku sekolah lagi. Walaupun kadang-kadang ada lah bergaduh tapi tak akan pernah berpanjangan pun, hanya beberapa minit sahaja. Bila difikir-fikir asbab pergaduhan,mereka akan ketawa dan berbaik semula.
"Ye lah tu Khai…hmm…", cebik Zhafriel. Khairul menayangkan gigi rabbit nya.
"Tapi betul lah bro, bila tengok gadis tu bertudung labuh, baju labuh, nampak sopan, aku rasa bergetarlah tulang rusuk aku !"
"Khai, jom ikut aku?"
"Huh? Kau nak bawak aku pergi mana?"
"Klinik. Kau kata tulang kau bergetar kan. Jom lah kita buat medical check-up.",sindir Zhafriel.
"Memang tak makan saman betul lah dia ni!", rengus Khairul.
Aina yang dari tadi tidak senang duduk mula mengorak langkah pergi kerana hairan kenapalah lelaki tadi tengok dia macam tu. Niatnya yang ingin memastikan kertas kerjanya benar-benar siap terbantut apabila lelaki tadi melihatnya begitu.
"Apasal lah mamat tadi tengok aku macam nak makan orang, tak pernah tengok orang ke ape. Tak sayang mata agaknya..Astaghfirullahal azim..", omel Aina yang hanya didengari olehnya sahaja.
Tok..tok..tok..
"Assalamualaikum prof boleh saya masuk?", Aina meminta izin untuk masuk ke ruangan profnya.
"Waalaikumussalam. Oh Aina, masuklah. Ada apa kamu datang jumpa saya? ", bicara prof Kamal kepada Aina.
"Saya nak hantar kertas kerja yang prof minta hari tu dan saya minta maaf kalau ada yang kurang dalam kertas kerja ni."
"Ok tak pe, kamu letak atas meja saya, nanti saya semak". Prof Kamal bukan tidak kenal dengan Aina. Walaupun dia pensyarah baru di situ, tetapi pelajar yang bernama Aina itu menjadi buah mulut rakan sejawatnya. Aina adalah seorang pelajar yang sering menerima anugerah dekan. Setiap kerja yang diberi, pasti akan dihantar tepat pada waktunya dan di dalam kelas Aina lah yang paling bersemangat membentangkan hasil kerjanya meskipun terdapat sedikit kesalahan dalam pembentangannya, ianya tidak  menghalang Aina untuk maju ke hadapan. Sikap berani yang ada pada Aina lah yang akan melahirkan seorang anak muda yang berjaya. Personaliti yang ditonjolkan Aina pula membuatkan orang ramai mudah mendekatinya. Pakaian yang dikenakan Aina juga mengikut syariat Islam. Bertudung bidang labuh, berstokin, dan baju pun longgar, menyerlahkan lagi seri dan keayuan padanya. Benarlah wanita yang berakal mampu mengubah gurun sahara yang gersang menjadi taman yang indah lagi subur. Dia menggelengkan kepala dek kekagumannya pada Aina.
Aina yang dari tadi tunduk menaip sesuatu di handphone nya, terus mendongak kerana menyedari profnya dari tadi menggelengkan kepala. Dia kira ada yang tidak kena dengan kertas kerjanya terus bertanya kepada profnya, "kenapa prof..ada yang tak kena ke dengan kertas saya..?", soal Aina yang jelas kerisauan kerana takut markah pointer nya kurang semata-mata kesalahan kecil sahaja.
"Eh, tak ada apa-apa lah Aina..kertas awak bagus dan awak boleh balik sekarang."
Aina yang mendengar pujian prof Kamal mengukirkan senyuman.
"Oh ye ke prof, Alhamdulillah terima kasih prof." Aina terus keluar daripada bilik Prof. Dia bukan sengaja duduk lama-lama di dalam bilik prof Kamal tetapi dia bagi peluang kepada profnya untuk menyemak kertasnya. Kalau ada kesalahan boleh lah dia betulkan di situ sahaja. Tak payah nak naik turun tangga dari fakultinya ke bilik prof, bukannya dekat. Jauh. Pintu bilik Prof pun tak bertutup tadi. Sebenarnya takut juga dia dekat dalam tadi tapi alhamdulillah semuanya dah selesai. Sekarang hala tujunya ke kafe fakulti perubatan. Fakulti sahabatnya, Farah.
"Riel kau dah jumpa ke dengan doktor Megat?, aku dengar dia suruh kau buat study group dengan budak-budak junior kita pasal Biochemistry ngan Anatomy betul ke?", Khairul menanyakan soalan kepada Zhafriel setelah Esei multidisciplinary mereka diserahkan kepada doktor Amjad.
"Hmm..aku dah jumpa dah, betul lah tu..aku pun baru teringat nak ajak kau tolong aku sekali ajar budak-budak tu. Kalau aku sorang, mana lah aku larat".
"Elehh…tak larat konon. Alasan je semua tu..cakap jelah yang kau malu kan..dan lagi satu kau tak nak berpisah ngan aku kan. Haha.."
"Perasanlah kau ni..aku serius lah..tapi betul jugak cakap kau..kalau ada kau baru best sikit..kau boleh jadi bahan experiment aku..haha.."
"Sampai hati kau nak jadi kan aku bahan experiment kau, apa kau ingat aku dah arwah ke, aku hidup lagi lah wehh".
"Haha..gurau je lah, mamat bunga betul lah kau ni..rileks lah bro..aku serius nak mintak kau ajar budak-budak tu sekali, kau pun apa kurangnya dengan aku."
"Cakap je lah nak mintak tenaga pengajar…ni tak. Aku bagi ni kang..",Khai membukukan tangannya ke mata Zhafriel.
"lya lah…kan aku dah cakap tadi..kau yang tokok tambah sakat aku, aku pun join sekaki lah..haha..So, kau nak tolong aku ke tak?"
"hmmm..ok lah tapi kau kena belanja aku makan kat kafe sana tu dulu, baru aku ikut kau mengajar..apa macam?? boleh tak belanja?…", Khairul mengambil kesempatan membuli rakannya.
"Ok deal..belanja pun belanja lah, janji kau tolong aku..", balas Zhafriel.
Pada waktu yang sama, Aina menghampiri rakannya yang sedang duduk di meja makan di sebelah kaunter.
"Farah..kenapa kau call aku tadi, sorry lah tak angkat. aku dalam bilik prof tadi.."
"Saje..aku nak ajak kau keluar makan, tak best lah makan sorang-sorang..nanti orang tengok macam nenek makan sirih pulak, asyik kunyah-kunyah…",Farah membuat gaya mulutnya yang senget sama seperti nenek sirih.
"Haha..entah apa-apa lah kau ni Farah, dah memang orang makan kunyah kan. Takkan kau telan terus kot."
Farah menjelirkan lidahnya ke Aina,"Alaa..kau ni, orang main-main je lah, sebenarnya aku nak mintak tolong sikit dengan kau. Ni antara hidup dan mati kawan kita Qaisara…",Farah kembali serius.
Aina yang tadi ingin menyambung menyakat rakannya, mematikan sahaja hasratnya kerana bimbang kawannya terasa hati pula. "Kenapa bunyi macam nak pergi medan perang je Farah. Siapa yang hidup dan siapa yang nak mati ni?"
Tanpa mereka sedari, ada yang sedang memerhatikan mereka berdua.
"Ermmm…Aina kau kena tolong aku jugak!!..tolong eh..tolong eh..", resah Farah sambil menyedut minuman di depannya. Takut juga kawannya menolak permintaanya.
"Iyelah aku tolong.. tapi macam mana aku nak tolong kalau kau tak start bercerita..cuba kau cerita dari utara sampai selatan..barulah boleh fikir jalan ke mana nak pergi kan."
Farah mula membuka kekusutan yang melanda dirinya manakala Aina pula khusyuk mendengar maslahat yang dialami oleh rakannya itu sambil menjamu kew teow basahnya yang enak lagi tip-top.
"Riel..perempuan tu lah yang aku tengok tadi, cuba kau tengok sikit..pusinglah."
Zhafriel memusingkan badanya ke belakang kerana ingin juga dia melihat perempuan manalah yang dari tadi kawannya berkenan.
"Uhuk..uhuk…", Zhafriel tersedak setelah melihat perempuan yang diperkatakan Khairul.
"Kau dah kenapa riel..kau tak baca bismillah ke sebelum makan tadi..sekarang kau tengok baju aku.. habis basah..haish! Nak kenalah kau ni..aku suruh tengok je bukan suruh menyembur pun..aduhh..", marah Khairul dengan tindakan rakannya.
"Bro..sorry bro..aku tak sengaja..", Zhafriel terus mengambil tisu dan mengelap baju rakannya yang basah.
"Apasal kau terkejut tengok perempuan tu?  Macam nampak langsuir dah aku tengok."
Zhafriel yang mendengar, memberhentikan tangannya daripada mengelap baju sahabatnya dan menyambung menyuap sisa baki makanan yang belum habis ke mulutnya.
"Nantilah aku cerita Khai, kau habiskan makanan kau tu dulu, kat bilik nanti aku cerita kat kau.", Zhafriel mengutuk diri sendiri kenapalah dia boleh tak perasan perempuan yang Khai tengok dari tadi adalah tunang dia, "hmmm..patutlah dia tunduk pagi tadi..", monolog Zhafriel dalam hati. 
Khairul yang mendengar arahan kawannya tidak berani ingin memaksa bercerita di situ. Bukan dia tidak kenal Zhafriel, pendiam juga kalau ada masalah, susah nak cerita kat orang. Ni dah kira ok dah dia nak cerita. "Huh..", keluh Khai.
"Laa..pasal tu je ke Farah, aku ingatkan pasal apa tadi..", rungut Aina lalu mencuit lengan rakannya.
"Apa ni Aina? Sakitlah. Dahlah kepit ketam kau tu berbisa, Iyelah pasal tu je lah..macam mana, kau nak tolong aku ke tak.."
"Tengoklah macam mana..", balas Aina yang malas menjawab soal hati dan jiwa. Iyelah mana taknya dia sendiri tak pernah jumpa tunangnya kerana sifat malunya pada lelaki. Inikan nak satukan orang lain. Dia dulu pun ummi dan ayahnya yang uruskan semuanya termasuklah persetujuan menerima pihak lelaki. Baginya jika ummi dan ayahnya bersetuju, dia juga bersetuju kerana dia tahu pilihan ibu bapa mesti yang terbaik.
"La..apasal kau tak cerita kat aku sebelum ni, sampai hati kau kan, kawan sendiri pun dah tak ingat. Nasib baik aku tak terjatuh hati kat tunang kau. Kalau aku dah curi hati dia, biar padan muka kau.."
"Sorry lah Khai..bukan aku tak nak cerita kat kau, kau pun kenal aku kan, exam MSAT dah dekat.So, aku tak sempat nak cerita semua ni kat kau. Aku nak fokus study dulu lah bro. Lagipun, kau nak ke aku salah label organ dengan saraf nanti, buatnya aku tak lulus. Kau pun busy gak kan. Aku saja je tak nak kacau kau.", berdalih Zhafriel.
"Eleh, alasan je kau ni. Ok tak apa, kali ni aku maafkan kau tapi lain kali jangan harap lah aku nak maafkan kau. Sorry2 naik lori lah..rampas kang baru tau", Khairul mengangkat tangannya ala-ala tambi gitu dan membalingkan bantalnya tepat mengena kepala Zhafriel.
Setelah itu, Mereka pun meneruskan pembelajaran sambil melayan perasaan masing-masing.

5 tahun kemudian…
"Hai Aina, lama tak jumpa! kau apa kabar sekarang? Sihat?", Farah dan Aina berjabat tangan.
"Hai Farah, rindunya aku dekat kau. Alhamdulillah! aku macam nilah, tak ada yang beza sangat pun. Kau dengan Khairul macam mana? Apa cerita? Perut tu dah berapa bulan? Hehe", balas Aina sambil menjuih bibirnya ke perut Farah.
"Hehe..Alhamdulillah baik, nak masuk 7 bulan dah dan ni yang kedua. Kau pulak Aina apa cerita? Lepas aku kahwin tak dengar pun berita tentang kau. Kenapa aku tengok kau macam baru sembuh daripada sakit? kau ok ke tak ni?"
Aina tersenyum melihat kebahagian sahabatnya. Melihat anak Farah yang bermanja dengan emaknya membuatkan dirinya terkenang umminya yang sudah meninggal dunia. Dia masih tidak dapat melupakan tragedi yang menimpa dirinya dan umminya. Aina yang tadi tersenyum, menitiskan air mata.
"Kenapa ni Aina? Kenapa kau nangis ni? Cuba kau cerita dekat aku apa yang dah terjadi. Aku ada tersalah cakap ke tadi? ", pujuk Farah sambil mengusap-usap belakang Aina.
 Aina yang tidak sengaja mengalirkan air mata, terus menyeka dengan hujung bajunya. Dia teringat akan wajah umminya. Dia yang awalnya ingin menyembunyikan kesedihan daripada sahabatnya, namun kalah dengan pujukan Farah membuatkan dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan sahabatnya. Selepas tangisannya reda baru dia menceritakan keperitan dan kesedihan yang telah  dialaminya kepada Farah.
Selepas tamat belajar dan Farah pun berkahwin selepas itu, ibunya kembali ke rahmatullah dan dia pula ditahan di wad kerana mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan keretanya dengan sebuah lori. Pada ketika itu dia ingin membeli barang persiapan perkahwinannya dengan Zhafriel. Dia yang malu ingin keluar bersama Zhafriel, mengajak umminya untuk menemaninya belanja.
"Ummi..boleh tak teman Ana pergi beli barang kahwin. Ana tak nak lah keluar ngan Zhafrie tu. Ana malu. Ana rasa tak selesa walaupun dia tunang Ana dan kalau dia ajak adik sepapat dia sekalipun ana tetap rasa tak selesa. Ummi kan tau macam mana anak umi ni..boleh ye ummi, teman Ana..Ana nak pergi dengan ummi..boleh ye?", pujuk Ana sambil menayangkan gigi putihnya yang sama seperti dalam iklan colgate.
"Iyelah. Iyelah. Bagi ummi solat sunat dhuha dulu ye. Lepas tu baru kita pergi." Puan Aisyah yang memahami sikap anaknya itu tersenyum dan ikut sahaja kehendaknya anaknya. Jika menolak ajakannya, jiwa tuanya pula yang merana kerana memikirkan rajukan anaknya itu. Lebih baik dia mengiyakan daripada melihat anaknya bersedih. Aina sahajalah anaknya yang dia tinggal selepas anaknya Fakhrul meninggal dunia disebabkan kapal terbang yang dipandu anaknya terhempas dari udara.

"Ummi..mana ayah? Ana tak nampak pun dari pagi tadi..?"
"Bukan ke ayah kamu tu oncall hari ini..kamu dah lupa ke? Ayah kamu dapat emergency call kat hospital pukul 4 pagi tadi."
"Owh, lupa ayah oncall. Hehe..oklah ummi, ummi solat lah dulu..ana nak pergi bersiap kejap. Jangan lupa doakan Ana sekali ye..", pinta Aina lalu beransur ke biliknya.
Aina dan umminya pergi ke Kota Damansara untuk mencari barang perkahwinannya.
"Nah..Ana, kamu bayar lah guna duit ni. Duit tu Zhafriel yang bagi dekat ummi suruh beli barang kamu. Dia pun tau kamu takkan keluar dengan dia. Tu yang dia bagi duit ni awal-awal dekat ummi.",kata Puan Aisyah kepada anaknya.

"Ye ke..ummi, ok terima kasih", Aina menyambut duit yang dihulurkan umminya. Dalam diam Aina bersyukur kerana dapat bakal suami yang memahami dirinya. Selepas habis memborong barang perkahwinannya, Aina dan ibunya pulang ke rumah. Aina memandu kereta kelisanya dengan penuh berhati-hati kerana dia tidak mahu ibunya terjaga. Ibunya dari tadi sudah terlelap keletihan kerana seharian menemaninya berbelanja. Tiba-tiba dia merasa seperti ada sebuah lori merempuh kuat dari arah sisi ibunya. Dia yang tadi elok di tempat duduk pemandu, tercampak jauh di bahu jalan manakala ibunya pula tersepit didalam kereta tidak sedarkan diri. Kepalanya yang terasa berat dan badannya terasa seperti dihempap batu besar, terasa sukar untuk dirinya bernafas. Dunianya yang tadi terang dengan cahaya bertukar menjadi gelap. Segelap pekatnya malam.
"Ummi, maafkan Ana. Ummi, ummiii...", itulah luahan terakhir yang hendak diucapkan kepada ibunya sambil memandang samar-samar keretanya yang sudah remuk sebelum melelapkan mata tidak sedarkan diri.
"6 years old in Shah Alam. She was crouching, sheltered by the side bushes along the highway. Blood pressure 105/82, Sp 02 98. Body temperature 34.8 degrees and traces of blows on the head, chest and femur.", Atendan yang bertugas melaporkan maklumat pesakit kepada Zhafriel.
"Ok, thank you Mr.Ranjit. You can go now and please call Dr.Azrul to come in.", arah Zhafriel.
"Yes Riel, kenapa kau paggil aku? ", soal Dr.Azrul kepada Zhafriel.
"Rul, kau tolong aku rawat patient ni boleh, aku nak rawat patient yang baru sampai tadi.", pinta Zhafriel kerisauan.
"Ok, kau pergi lah..aku boleh handle patient ni..", balas Dr.Azrul memahami raut keresahan sahabatnya.
"Macam mana dengan patient ni?", soal Zhafriel kepada pembantunya. Dia yang dapat tahu tunangnya Aina dan bakal ibu mentuanya kemalangan terus meminta sahabatnya Dr. Azrul menggantikan dirinya untuk merawat pesakit yang dia terima dan terus menuju ke wad kecemasan untuk melihat kondisi mereka berdua.
"Dia mengalami Monoplegia pada kakinya doc..", ujar Miss Laila.
"How about her mother?", soal Zhafriel kerisauan.
"Sorry doc, ibunya meninggal dunia di tempat kejadian." , mengalir deras air mata Zhafriel mendengarnya. Berat sungguh ujian yang menimpamu Aina. Saya harap awak kuat dan tabah. Tidak sempat dia meminta maaf daripada bakal ibu mentuanya. Semoga roh mak cik dicucuri rahmatNya. Berehatlah mak cik. Saya janji akan menjaga Aina sebaiknya dan mencurahkan kasih sayang saya sama seperti mak cik mencurahkan kepadanya. Saya janji mak cik. In syaa Allah.
Zhafriel memeriksa keadaan Aina.
"Aina..sabar ye, percayalah semua ni ujian daripadaNya dan sesungguhnya Allah swt sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Awak tau kan Dia tidak akan membebani hambanya sesuai dengan kesanggupannya. Dia tau awak kuat sebab itu lah dia nak uji awak. Dia nak tengok sejauh mana keimanan dan kesabaran awak terhadapNya. Sabar ye Aina, saya janji saya akan merawat awak.  Izinkan saya untuk menyentuh awak ye. Saya bukan sengaja tapi saya nak pastikan kondisi awak benar-benar stabil dan kembali normal. Sekejap je..tak lama pun. Ayah awak tak ada dekat sini sekarang, ayah awak ada patient yang perlu dirawat dekat hospital dia. Saya minta maaf ye Aina..",bicara Zhafriel kepada Aina yang tidak sedarkan diri. Dia rasa bersalah kerana menyentuh Aina tanpa kerelaannya namun sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawabnya untuk memastikan pesakit yang dirawat benar-benar dalam keadaan stabil.
"Miss, tolong sambung ni. Perlahan-lahan ye. Saya nak pergi buat laporan patient ni. Kalau ada apa-apa nanti panggil saya ok. Thanks.", Zhafriel meminta pembantunya menyambung kerjanya kerana dia tau Aina merasa tidak selesa apabila disentuh oleh lelaki bukan mahramnya. Walaupun Aina tidak sedarkan diri, dia dapat melihat air mata di tubir matanya. Jiwa lelakinya berkecai apabila melihat air mata itu mengalir. Tambahan pula melihat kondisi Aina yang belum stabil sepenuhnya membuatkan hatinya meronta-ronta kepedihan.
Aina yang mendengar perbualan doktor lelaki dengan pembantunya, dia kira, merasa lega kerana doktor lelaki yang merawatnya memahami jiwa kewanitaanya." Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, Engkau kurniakan aku seorang doktor yang baik.",monolog Aina di dalam hati. Dia tidak mampu untuk membuka mata kerana dia merasa seperti ada benda yang membuat matanya melekat. Walaupun dia berusaha semampu kudratnya, dia tetap tidak bisa untuk membuka matanya. Dia hanya mampu mendengar perbualan orang yang berada disekelilingnya sahaja. Aina menangis sendu apabila memikirkan umminya. Dia merasa bersalah kerana tidak dapat membantu umminya keluar daripada keretanya. Dia hanya melihat ibunya menahan kesakitan sahaja. Anak macam apa aku ini. Sanggup tinggalkan Ummi dalam keadaan begitu."Ummi, maafkan Ana ummi. Ana tak berniat nak buat ummi macam tu. Maafkan Ana ummi. Ana nak jumpa ummi..ummi..ummi..jangan tinggalkan Ana..ummi!!!" Kemudian, dia merasa seperti ada benda tajam yang mencucuk lengannnya dan seluruh tubuh badannya terasa kebas dan sakit.  Setelah itu, dia tidak dengar apa-apa lagi suara disekelilingnya.
"Aina..sabar Aina, bukan salah awak pun semua ni terjadi. Bila Allah dah tetapkan sesuatu nak terjadi, Allah betul-betul akan buat. Apabila dia kata Kun Fayakun, maka terjadilah. Semua dekat atas muka bumi ni Allah dah tetapkan. Kita sebagai hamba perlu reda dan bersyukur atas segala kurniaanya. Sabar ye Aina..", luluh hati Zhafriel melihat Aina begitu. Meracau sepanjang malam. Dia yang ingin menenangkan Aina memasukkan sedikit dos ubat tidur ke dalam badan Aina. Biarlah Aina tidur dengan tenang dan melupakan segala ujian yang telah menimpanya.
"Assalamualaikum, Zhafriel..macam dengan Aina? Ade perkembangan tak?", soal Dr. Zaharuddin kepada bakal menantunya. Dia yang baru sahaja menguruskan jenazah isterinya langsung ke hospital kerana ingin melihat kondisi anaknya.
Zhafriel menoleh kebelakang setelah mendengar suara yang memanggil namanya.
"Waalaikumussalam, Pakcik duduklah. Alhamdulillah, kondisi Aina semakin stabil cuma dia asyik meracau dan menjerit memanggil umminya sahaja. Dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri kerana katanya umminya sakit dilanggar semuanya kerananya. Lepas tu pakcik, macam mana nak terangkan dekat Aina yang mak cik dah tak ada?", balas Zhafriel yang jelas kerisauan kondisi Aina semakin memburuk apabila mendapat tahu umminya sudah tiada.
"Tak apa Zhaf, kamu jangan risau. Nanti pakcik yang akan bagi tau anak pakcik. Terima kasih dah tengokkan dan jaga anak pak cik. Kamu pergilah berehat. Biar pak cik sambung jaga Aina. Lagipun pak cik dah minta cuti untuk jaga anak pak cik.", kata Dr. Zaharuddin tenang. Dia sedih melihat anak kesayangannya terdampar lemah di atas katil bersama lilitan wayar-wayar di badannya tambahan isterinya pula meninggalkan dirinya dan Aina. Bicara isterinya pada pagi tadi, masih lagi tergiang-ngiang di telinganya. Dia merasa baru sahaja dia bercakap dengan isterinya tetapi takdir Allah mendahului. Siapalah dia untuk melawan qada' Allah. Semuanya sudah termaktub. Dia hanya mampu berserah dan terus berdoa agar anak perempuannya diberi kekuatan dan kesembuhan untuk pulih seperti biasa.
"Baiklah pak cik, saya pergi dulu dan saya akan panggilkan pembantu saya untuk mengawasi keadaan Aina.", balas Zhafriel dan berlalu keluar menuju ke surau yang terletak dihujung wad. Dia ingin bertemu dengan Allah s.w.t dan meminta pertolongan daripada Nya.
"Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sembuhkanlah dia. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, aku hanya hamba-Mu yang kerdil lagi lemah, tidak terdaya aku ingin menyelamatkannya melainkan dengan izin-Mu. Maka berilah kekuatan dan kesabaran kepada Aina untuk menerima segala ujian dari-Mu. Rahmatilah ummi Aisyah. Ampunilah segala dosanya dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang soleh. Aamiin ya robbal 'alamin..", tangannya disapu ke muka. Air matanya mengalir lebat. Zhafriel bertelaku lama di atas sejadah. Segala masalah dan kedukaannya dikongsikan dengan Tuhannya. Allah  sahajalah tempatnya mengadu dan meminta pertolongan. 'Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran'. Setelah selesai mangadap Tuhannya, dia melangkah keluar dengan hati yang tenang.
"Doktor, pesakit dah sedarkan diri.", beritahu Miss Laila.
"Ayah pesakit pergi mana?"
"Saya pun tak tau doc, tadi dia kata nak keluar sekejap."
Zhafriel yang mendengar segera ke bilik Aina dan memeriksa keadaan Aina.
"Aina, ni saya Zhafriel.", ujar Zhafriel kepada Aina yang baru sedar.
"Saya dekat mana ni? "
"Awak dekat hospital dan saya yang merawat awak dekat sini."
"Kenapa dengan saya?", Aina memandang kaki kanannya yang berbalut dan tidak berani merenung tunangnya Zhafriel.
"Kaki awak lumpuh tapi awak jangan risau lumpuh awak bukan selamanya. Awak boleh jalan semula dengan izinNya. In syaa Allah."
"Ummi saya mana? dia macam mana? Saya nak jumpa ummi saya..", pinta Aina. Baru sahaja Zhafriel ingin menjawab soalan Aina, handphone di koceknya berbunyi. Dia seluk koceknya dan menjawab panggilan yang diterima. Kemudian, tanpa menoleh ke arah Aina, Zhafriel terus keluar daripada bilik itu kerana dia mendapat panggilan kecemasan daripada unitnya. Aina yang melihat tindakan Zhafriel memahami akan situasi itu.
Selepas sahaja Zhafriel keluar muncul satu suara yang amat dia rindui.
"Assalamualaikum..", Dr.Zaharuddin memberi salam kepada anaknya.
"Waalaikumussalam, ayah...", jawab Aina sambil menitiskan air mata sejurus melihat ayahnya.
"Alhamdulillah anak ayah dah sedar. Anak ayah macam mana? Ada rasa sakit lagi tak? Nanti ayah boleh periksakan. Kalau Aina haus ayah boleh ambilkan air. Aina nak…", percakapannya dicantas oleh anaknya.
"Ayah, Ana minta maaf. Kalau Ana tak ajak ummi hari tu, mesti semua ni takkan berlaku. Ana minta maaf ayah, maafkan Ana", tangisan Aina mula kedengaran.
"Tak apa lah Ana, benda dah terjadi jangan diungkit. Semua ni dah termaktub di sisiNya. Sudah lah, jangan menangis. Ayah tak salahkan Aina pun", jawab Dr.Zaharuddin memujuk anaknya.
"Ayah, ummi dekat mana ayah? Ana nak jumpa ummi. Ana nak minta maaf dekat ummi. Mana ummi ayah?", soal Aina.
"Ana, sebelum tu ayah nak kamu beristighfar kepadaNya dan berselawat ke atas rasulNya dahulu. Ayah nak Ana terima apa yang ayah nak katakan ini dengan dada yang tenang. Ayah tak nak Ana salahkan takdir dan diri Ana ye." Dr.Zaharuddin cuba untuk menenangkan anaknya sebelum dia memberitahu berita mengenai pemergian isterinya.
Aina yang mendengar arahan ayahnya seperti dapat mengagak apa yang akan disampaikan oleh ayahnya dan dia berharap apa dia fikirkan tidak sama dengan apa yang ayahnya ingin perkatakan.
"Ana, ummi dah pergi menghadap Ilahi di tempat kejadian. Ummi selamat dikebumikan berdekatan dengan rumah kita. Ayah harap kamu bersabar ye. Ana jangan risau ayah akan sentiasa ada dekat dengan Ana. Ayah janji, selagi ayah masih hidup ayah akan jaga Ana. Ana jangan bersedih ye nak..", ujar Dr.Zaharuddin sebak. Dia memeluk anaknya dengan penuh kasih sayangnya. Dia tidak mahu anaknya berasa kesunyian.
Bagai halilintar membelah bumi. Aina menangis teresak-esak di dalam pelukan ayahnya setelah mendengar ummi yang dia kasihi pergi meninggalkan dirinya buat selamanya.
"Ummi, ummi, maafkan ana ummi..ummi !!!", jerit Ana di dalam dakapan ayahnya sebelum kembali tidak sedarkan diri. Zhafriel yang mendengar teriakan Aina bergegas ke bilik itu dan memeriksa kondisinya.
Dr.Zaharuddin yang bimbang anaknya hilang kawalan, setia disisi anaknya. Dia menunggu dengan penuh sabar sambil mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Dia berharap anaknya akan bangun dengan tenang selepas mendengar kalamNya.
"Aina, aku minta maaf sebab tak jenguk kau dekat hospital. Aku tak tau pun kau accident. Maafkan aku sebab tak tolong kau waktu susah dulu. Maafkan aku eh Aina.", Pelukan pada sahabatnya di eratkan.
"Tak apa lah Farah, semua dah jadi pun. Aku reda semua ni berlaku dekat diri aku. Kau tak yah lah nak nangis sangat. Malu lah anak-anak kau tengok. Nanti diaorang ingat aku pulak yang buat kau nangis. Dahlah Farah. Aku dah ok dah…tengok ni.", ujar Aina sambil mengoyangkan kakinya.
Farah yang melihat senyuman pada wajah sahabatnya, mengelap air matanya.
"Ala..kau ni Aina, buang air mata aku je menangis sebab kau..", sakat Farah.
"Hek eleh…sapa yang suruh kau nangis, aku tak suruh pun kan..", balas Aina.
"Dah, cerita kau tu macam drama dalam tv. Mana aku tak nangis nya. Touching dia lebih sikit kot sebab pelakon utama drama tu ada kat depan aku sekarang. Terharu kejap sebab pelakon drama tu datang jumpa aku..hehe", usik Farah.
"Ye lah tu…tak mintak autograph pun. Air pun tak hidang, tak kesian ke dekat artis yang datang dari jauh ni..Mati kehausan dibuatnya nanti macam mana?".
"Eh, sorry friends. Tak perasan yang aku belum hidang minuman dekat kau. Khusyuk sangat dengar cerita kau sampai lupa buat air. Sorry eh..", sengih Farah dan berlalu ke dapur untuk membancuh air untuk sahabatnya.
"Aina, kau dengan Zhafriel apa cerita?", soal Farah sambil menuangkan air sirap kepada Aina.
"Oh, lupa nak bagi tau kau. In syaa Allah majlis perkahwinan aku dengan Zhafriel akan berlangsung pada bulan hadapan. Jemputlah datang. Aku nak kau jadi pengapit aku. Boleh?", senyum Aina.
"Wah, tahniah2! Welcome to our group. Hehe..tapi kan, boleh ke aku jadi pengapit kau dengan perut memboyot ni?", soal Farah sambil mengusap perutnya.
"Ala, tak apa je lah..bukan kau yang nak kahwin kan, aku yang nak kahwin. Kalau kau yang kahwin, Khairul kau tu nak letak mana. Isteri hanya ada satu kuota je eh, tak payah nak menggatal sangat nak bergaya waktu kahwin nanti. Sopan-sopan cukup…", gurau Aina.
"Ala kau ni Aina, macam tau-tau je kan..", balas Farah. Mereka ketawa kegembiraan.
Aina bersyukur kerana Allah swt menemukan dia dengan sahabatnya kembali dan dia juga bersyukur ayahnya tidak pernah mengabaikannya walaupun sibuk dengan pesakitnya. Sejak umminya pergi, Dr.Zaharuddin lah tempat dia bermanja dan Allah s.w.t telah menghadiahkannya nikmat yang terbesar baginya. Bakal suami yang soleh; seorang doktor yang berkaliber al-hafiz membuatkan dia amat bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan padanya. Ujian yang menimpa dirinya benar-benar telah mengajarnya erti keikhlasan yang sebenar. '…Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.',al-mulk 67:2. Semakin di uji, semakin diangkat darjatnya di sisi Allah. Bukan keluhan yang perlu dibajakan tetapi sabar dan ikhlas, ikhlas dan reda lah yang perlu dituaikan dalam diri.
-TAMAT-
::A.S.A.S::
AMMAN JORDAN

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...