02 August 2016

PUTIH SEPUTIH SALJU


"Cantikkan bunga ni. Putih suci.."

"Cantik...". Aku mengiakan kata-katanya dengan senyuman.

"Tapi kenapa dekat luar sana kotor? Banyak sampah dekat tepi jalan. Kesian dekat bunga ni." wajahnya berubah kelat.

Aku usap belakangnya sambil berkata, "Mungkin kitalah yang kena bersihkan. Sebab tu lah Allah gerakkan hati kita datang sini kan?", aku bersoal teki dengannya.

Dahinya berkerut memikirkan kata-kataku. Benang yang tertarik pada tudungnya, ditariknya dengan tangan. Mungkin hatinya menjawab, 'kenapa pula kita yang kena bersihkan?'.

Hatiku tersenyum melihat kerutan tua di dahinya, aku seolah-olah dapat meneka apa yang sedang bermain di benak fikirannya. Aku memadangnya silih berganti dengan bunga yang berada di dihadapannya, "Nak tau tak, hati kita pun akan putih macam bunga ni kalau kita bersihkan tempat ni. Putih seputih salju. Tapi kalau kita hanya biarkan sampah tu bertimbun, mungkin hati kita juga akan kotor sepertinya sebab mungkin tanpa kita sedar mulut kita mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah di saat kita melihat sampah-sampah tu." Jari aku tunjukkan ke arah sampah di sebalik tangga.

"Samalah macam pinggan mangkuk, rumah, bilik dan baju, kalau kita bersihkan mesti akan jadi putih bersih serta berkilat tanpa sebarang kotoran yang melekat tapi kalau kita biarkan dan tinggalkan semua tu tidak dibasuh dan tidak dibersihkan mesti ia akan mengeluarkan bau yang busuk dan akan kelihatan kotor hitam berdebu. Macam tu jugalah hati kita. Kalau kita sentiasa ikhlas kerana Allah ta'ala, bersihkan tanpa sebarang keluhan, mesti hati kita akan terasa tenang dan tangan pun ringan je nak buat tapi kalau kita hanya marah sahaja, tak semena-mena hati kita akan jadi sakit dan rugi je kita dapat saham yang tak berbayar. Betul tak?", soalku lagi.

Dia diam dan suasana tiba-tiba menjadi sepi. Azan pun berkumandang. Kemudian, saat aku ingin bangun, dia menarik tangan ku sambil tersenyum manis menjawab persoalanku tadi.

....................................................

"Biar ringan tangan, 
     Jangan kotor jiwa,
 Biar dalam Iman,
     Hidup pun selesa."

No comments:

Post a Comment

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...