25 September 2021

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof

Perkongsian bersama AMG

 

Muqaddimah 1

Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ucapan penghuni Syurga dan kita mahu ucapan itu lah yang menjadikan kita sebagai penghuni Syurga. Ucapkanlah salam sebagai ganti kepada ‘Good Morning, Good Evening, Selamat Pagi, Selamat Petang’ kerana ucapan Morning sahaja yang good, pagi yang selamat, petang yang selamat tapi orangnya belum tentu selamat.

Di dalam Islam kita diajar mengucapkan salam yang merupakan sebuah doa. Assalamu’alaikum’, selamat ke atas kamu, rahmat Allah ke atas kamu dan juga barakah Allah ke atas kamu yang mana Barakah beerti kebaikan yang banyak. Jadi, saya ucapkan salam buat semua;

 

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

 

Muqaddimah 2

Allah swt telah mengajar kepada kita tentang Iqra’ (Bacalah). Kemudian, Allah swt sambung dengan ayat 24 daripada surah Muhammad;

  

  (24)أَفَلَا يَتَدَبَّرُوْنَ الْقُرْاٰنَ أَمْ عَلٰى قُلُوْبٍ أَقْفَالُهَا

“Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?”

Perumpamaan ini Allah swt sebutkan untuk menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya mentadabbur Al-Quran. Bukan sekadar kita membaca (Iqra’) dengan bertajwid sahaja tetapi diikuti juga dengan menghayati Al-Quran.

Orang yang membaca Al-Quran dengan terbata-bata akan mendapat 2 ganjaran pahala. Merangkak-rangkak satu pahala dan membaca satu pahala. Allah swt tidak akan membebani seseorang tetapi Allah swt akan marah kalau kita tidak cuba untuk membaca, belajar dan memahami Al-Quran.

Tadabbur Ringkas Surah Yaasiin

Surah Yaasiin merupakan surah Makkiyah yang mana diturunkan di Makkah. Oleh kerana surah ini merupakan surah Makkiyah, banyak perkara yang Allah swt utarakan berkaitan Aqidah iaitu perkara yang perlu diubah didalam pemikiran, hati dan pegangan seorang manusia.

Tidak dinafikan bahawa banyak sebenarnya perkara yang terpesong di dalam diri kita kerana kita hidup di zaman moden. Terdapat pemikiran-pemikiran yang baru dan cuba mempengaruhi hati dan diri kita sendiri. Sebagai contoh, Tik-Tok, Instagram, Facebook, Youtube dan sebagainya. Semua benda-benda ini secara tidak sengaja mengubah cara pemikiran kita terhadap sesuatu benda.

Oleh sebab itu, kita harus baca Al-Quran agar Allah swt betulkan cara berfikir, cara emosi, aqidah dan cara keyakinan kita.

Jadi, surah Yaasiin ini nak betulkan banyak perkara.

Sifat-sifat Allah swt

Huruf “Yaa siin” merupakan huruf muqatho’ah yang mana banyak dibahaskan oleh para ulama’. Menurut tafsir seperti tafsir al-Jalalain yang muktabar kesimpulannya yang mengetahui hakikat-hakikat huruf-huruf awal ini adalah Allah swt.

Ayat kedua

والقُرْءانِ الحَكِيم (2)

“Demi Al-Quran yang penuh hikmah” 

Allah swt bersumpah dengan Al-Quran. "Al-Quran yang amat bijaksana"

Al-Quran itu adalah (الحَكِيم) dan salah satu nama Allah swt juga (الحَكِيم).

(الحَكِيم) ini mempunyai dua makna besar yang disebut oleh para ulama’ dari segi tafsirnya;

  1. Yang mantap, yang kukuh, yang tidak berganjak, yang memang betul
  2. Yang mempunyai penuh hikmah

Jadi, kedua-dua makna ini sekiranya di apply kan pada Al-Quran, Al-Quran merupakan yang mantap, tidak boleh diubah, tidak boleh di tolak-tolak oleh manusia dan tidak boleh mengatakan bahawa Al-Quran itu tidak betul.

Jika diundur masa kembali, sejak zaman purba lagi telah ada yang mengatakan Al-Quran ini tidak betul, Al-Quran ini lemah tetapi sehingga kini manusia telah 1400 tahun berlalu masih tidak ada seorang pun yang mampu mengatakan Al-Quran itu tidak betul. Sebaliknya, siapa yang mengatakan Al-Quran ini tidak betul, kata-kata itu balik pada dirinya sendiri. Hakikatnya, dialah terbukti yang tidak betul. Al-Quran akan tetap utuh sehingga hari kiamat. Sebab itu, barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mempelajari Al-Quran, dia telah mempelajari sesuatu benda yang utuh.

Hal ini berbeza dengan kita mempelajari ilmu sains mithalnya. Pada zaman dahulu, biologi, fizik atau kimia lain. Kini, sudah ada teori baru yang datang dan mengubah ilmu sains itu. Tetapi, Al-Quran berlainan dengan subjek-subjek yang lain. Allah swt menerangkan bahawa Al-Quran merupakan (ءاية) iaitu satu tanda ‘sign’ bagi manusia.

Ayat ketiga

 

إِنَّكَ لَمِنَ المُرْسَلِينَ (3)

“Sesungguhnya, engkau (wahai Muhammad) adalah salah seorang daripada rasul-rasul.”

Kaum yang mengingkari risalah nabi Muhammad saw telah menuduh baginda macam-macam. Mereka mengatakan nabi Muhammad saw adalah penyihir, seorang yang gila, mereka tuduh dan reject dakwah nabi Muhammad saw. Bayangkan apa perasaan nabi Muhammad saw pada ketika itu?

Sekiranya, kita difitnah dan dicemuh dengan pelbagai tomahan, apa yang kita rasa?

Jadi, Allah swt telah turunkan ayat ini hendak memberitahu kabar gembira kepada nabi Muhammad saw bahawa dia adalah dari golongan para rasul. Beerti sebelum ini telah ada rasul, bukan Engkau nabi Muhammad seorang diri sahaja Rasul dan Engkau tidak perlu risau. Teruskan sahaja kerja-kerjamu kerana Engkau seorang Rasul.

Ayat ini menjadi penguat kepada nabi Muhammad saw. Risalah yang dibawa oleh baginda saw adalah benar. Al-Quran itu juga benar. Al-Quran itu mempunyai hikmah-hikmah yang tidak terbongkar oleh manusia.

Ibarat seperti lombong besi yang digali tetapi boleh habis. Al-Quran sekiranya digali tidak pernah habis. Ada sahaja hikmah yang Allah hendak berikan. Maka, rugilah bagi siapa yang tidak menggali Al-Quran, tidak membaca Al-Quran, tidak mempelajari Al-Quran dan menghayati Al-Quran.

Oleh itu, Allah swt sebutkan di dalam Al-Quran surah al-Qamar:17,22,32;

 

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا القُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِر (17) & (22) & (32)

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pengajaran?”

Sekiranya, kita tidak membaca Al-Quran, mana mungkin kita akan perolehi peringatan? Jadi, jangan berhenti membaca dan mentadabbur Al-Quran.

Ayat 20

وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا المَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَقَومِ اتَّبَعُواْ المُرْسَلِينَ (20)

“Dan datanglah dari hujung kota, seorang lelaki dengan bergegas dia berkata: “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.”

Tanggungjawab nabi Muhammad saw adalah menyampaikan Al-Quran kepada umat baginda saw. Tanggungjawab pertama baginda adalah kepada orang depan baginda yakni orang Makkah.

Nabi Muhammad saw sejurus sahaja dapat wahyu daripada Allah swt, baginda tidak simpan seorang diri tetapi baginda saw terus menyampaikan pada umatnya.

Jadi, menjadi tanggungjawab keatas kita apabila kita sudah faham dan belajar Al-Quran, kita mesti sampaikan Al-Quran kepada orang yang belum sedar dan yang tidak tahu lagi tentang Al-Quran.

Tidak kiralah dengan cara apa sekalipun. Zaman sekarang adalah zaman teknologi, gunakanlah kaedah yang ada untuk share kepada orang ramai kerana itu adalah tanggungjawab kita yang sudah mengetahui untuk sebarkan.

Allah swt telah menceritakan bahawa nabi Muhammad saw telah menerima tekanan dan kesusahan semasa menyebarkan risalahnya. Di dalam ayat ini, Allah swt mengisahkan satu kisah mengenai seorang pemuda. Terdapat ulama’ yang mengatakan nama pemuda yang disebutkan di dalam ayat 20 ini adalah ‘Yaasiin’ (ayat pertama daripada surah ini). Ada juga para ahli tafsir mengatakan nama pemuda ini adalah Habib an-Najjar.

Terdapat di sebuah tempat (Allah swt tidak menyebut di mana tempat itu) yang Allah swt utuskan seorang rasul dan tugas rasul ini adalah menyampaikan Islam kepada penduduk negeri itu tetapi malangnya orang di negeri itu tidak mahu menerima dakwah yang disampaikan.

Kemudian, tiba-tiba muncul seorang pemuda yang datang jauh daripada hujung negeri (أَقْصَا المَدِينَةِ) dalam keadaan yang tergesa-gesa (berlari) selepas menerima kabar akan penolakkan penduduk negeri itu dengan risalah yang disampaikan dan berkata “Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.”. Ikutlah apa yang dibawanya. Ikutlah kebenaran yang diperkatakan olehnya. Selepas itu, pemuda itu berkata lagi, (rujuk ayat berikutnya)

 

Ayat 21

اتَّبِعُوا مَن لَّا يَسْئَلُكُمْ أَجْرًا وَهُم مُّهْتَدُونَ (21)

“Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu dan mereka adalah orang yang mendapat petunjuk.”

Yakni orang yang berdakwah seperti ini tanpa meminta upah dan mencari keuntungan adalah orang yang benar. Mereka menyeru aqidah yang satu yang tidak ada didalamnya sebarang khurafat dan kesamaran, dan mereka mendapat hidayah (petunjuk) yang lurus.

Sama seperti Nabi Muhammad saw semasa dakwahnya, tidak sama sekali baginda menerima upah melainkan dibalas dengan kekerasan dan kekejaman. Walaupun, baginda saw tidak menerima upah, baginda tetap menyampaikan dakwahnya. Ini adalah sifat para nabi dan rasul yang tidak menerima sebarang upah melainkan melaksanakan perintah Allah swt.

Ayat 22

وَمَالِىَ لآ أَعْبُدُ الَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (22)

“Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): Tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang menciptakanku dan hanya kepadaNya lah (aku dan) kamu akan dikembalikan”

Kemudian, pemuda itu kembali menceritakan kepada mereka tentang dirinya dan sebab-sebab mengapa dia beriman melalui ayat ini.

Sesungguhnya, Tuhan (Allah swt) yang menciptakan kita bukan patung-patung berhala. Jadi, kenapa kita tidak menyembah Dia yang telah menciptakan kita dan tidak menghambakan diri kepada Dia?

Dan sesungguhnya seluruh makhluq itu pada akhirnya akan Kembali kepada Khaliqnya sebagaimana segala sesuatu itu pulang kepada asalnya.

Ayat 23

ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لَّا تُغْنِ عَنِّى شَفَعَتُهُمْ شَيئًا وَلَا يُنقِذُونِ (23)

“Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya? Jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka (juga) tidak akan menyelamatkanku.”

Kemudian pemuda itu menyebutkan satu cara hidup yang lain yang bertentangan dengan cara hidup fitrah yang lurus dan memandangnya sebagai satu kesesatan yang nyata.

Siapakah yang lebih sesat dari orang yang meninggalkan seruan Allah swt yang menyeru makhluqnya agar menyembah Penciptanya, lalu dia menyeleweng kepada menyembah yang lain dari Allah Pencipta tanpa sesuatu keperluan dan dorongan?

Siapakah yang lebih sesat dari orang yang menyembah Tuhan-tuhan yang lemah dan tidak berkuasa selain Allah swt. Adakah Tuhan-tuhan itu dapat menolong kamu ketika Allah swt timpakan bala bencana kepada kamu yang dusta lagi sesat?

Ayat 24

إِنِّى إِذًا لَّفِى ضَلالٍ مُّبِينٍ (24)

“Sesungguhnya jika aku (berbuat) begitu, pasti akan berada dalam kesesatan yang nyata.”

Dan pemuda itu berkata dengan jelas di hadapan penduduk negeri itu yang telah mendustakan para rasul dan mengancam keselamatan mereka kerana suara fitrahnya di dalam hatinya lebih kuat dari segala pendustaan dan ancaman.

Ayat 25

إِنِّى ءَامَنتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25)

“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.”

Pemuda itu juga mengaku bahawa dia beriman dan percaya apa yang diperkatakan oleh rasul itu dan menjadikan mereka sebagai saksi-saksi di atas keimanannya.

Ayat 26

قِيلَ ادْخُلِ الجَنَّةَ قَالَ يَلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ (26)

“(Setelah dia mati) lalu dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke syurga.” Dia (lelaki itu) berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.”

Ulama’ tafsir menafsirkan antara ayat 25 dan permulaan ayat 26 ini seperti jauh. Daripada pemuda itu sedang berkata di dunia tentang keimanannya, terus masuk prihal akhirat yakni diperintahkan kepada pemuda itu masuk ke dalam Syurga.

Ayat 25, pemuda ini berkata (فَاسْمَعُونِ) dengarkanlah (pengakuan keimanan)ku.

Tiba-tiba pada ayat 26, (قِيلَ ادْخُلِ الجَنَّةَ) “(Setelah dia mati) lalu dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke syurga.”

Para ulama’ tafsir menjelaskan bahawa selepas sahaja pemuda itu mengatakan keimanannya terhadap Allah swt, penduduk di negeri itu terus membunuhnya.

Belum sempat dikuburkan telah diberitahu kepada pemuda itu teruslah kamu masuk ke dalam Syurga-Nya.

MasyaAllah, hal ini menunjukkan indahnya menjadi seorang yang berjuang kerana Allah swt. Oleh sebab pemuda itu mengajak, menyokong dan menyebarkan agar ikut seruan Allah swt dan ikut kepada rasul yang menyampaikan itu, dia terus disuruh masuk ke dalam Syurga.

Kisah ini mengajar kita agar terus berjuang di jalan Allah swt. Teruskan sebarkan dakwah dan risalah nabi Muhammad saw.

 

واللَّه أعلم بالصواب

 

 

 

 

 

 

 

 

17 September 2021

ASAS-ASAS BERDAKWAH KE JALAN ALLAH (قواعد الدعوة إلى الله)

 Di Tulis Oleh Dr.Hammam Said 

  1. Dakwah kepada Allah swt adalah jalan keselamatan di dunia dan di akhirat.                            (الدعوة إلى الله سبيل النجاة في الدنيا و الأخرة)
  2. Seseorang yang mendapat hidayah daripada Allah melalui daya usahamu adalah lebih baik daripada seekor unta merah. (لأن يهدي الله بك رجلاً واحدًا خير لك من حُمُر النَّعم)
  3. Pahala diperolehi semata-mata kerana usaha dakwah yang dijalankan bukan bergantung kepada penerimaan terhadap dakwah tersebut.                                                                                        (الأجر يقع بمجرد الدعوة ولا يتوقف على الاستجابة)
  4. Seorang da'ie berkewajipan mencapai tahap Muballigh (Penyampai risalah) dan berusaha untuk menyentuh setiap qalbu dalam penyampaian dakwah.                                                                    (على الداعية أن يصل إلى رتبة المبلغ و أن يسعى إلى البلاغ)
  5. Da'ie perlu menggembelingkan sepenuh tenaga usahanya demi mengharapkan bantuan Rabbani. (على الداعية أن يقدم الجهد البشري وهو يطلب المدد الباني)
  6. Para da'ie adalah cerminan dan model dakwah yang dibawa.                                                     (الداعية مرآة دعوته و النموذج المعبر عنها)
  7. Berbicaralah dengan manusia lain berdasarkan kemampuan akal mereka.                                    (خاطبوا الناس على قدر عقولهم)
  8. Ujian adalah sunnatullah sebagai jalan mengaplikasikan dakwah dan membentuk jiwa yang konsisten dengan akidah.                                                                                                           (الابتلاء سنة الله تعالى وهو السبيل إلى تمثل الدعوة وصياغة النفس وفق العقيدة)
  9. Lapangan dakwah amat luas, hendaklah da'ie memilih siapa yang sesuai untuk dakwahnya.    (مجال الدعوة واسع فليتخير الداعية لدعوته)
  10. Masa adalah unsur efektif kepada kejayaan dakwah. (الزمن عنصر فعال من عناصر الدعوة)
  11. Dakwah adalah seni dan kepimpinan, ia berdiri atas perancangan dan pemantauan.                  (الدعوة فن وقيادة وهي تقوم على التخطيط والمتابعة)
  12. Dakwah adalah gambaran realiti tentang jihad. Ia selari dengan jihad qital demi mencapai matlamat dan hasilnya.                                                                                                                 (الدعوة صورة أكيدة من صور تاجهاد وتشترك مع القتال في الهدف والنتيجة)
  13. Dakwah adalah perniagaan mulia dan tidak boleh dijual dengan habuan dunia.                        (الدعوة سلعة شريفة لا تباع بالأعراض الدنيوية, والأجر الدنيوي يفسد المرءة, ولايصلح الدعوة)
  14. Mengenali mad'u asas penting untuk mempengaruhinya. (التعرف على الدعو عامل أساس في كسبة)
  15. Bersikap kontemporari dan mengetahui persekitaran umum merupakan antara sebab kejayaan dakwah. (المعاصرة ومعرفة البيئة العامة من أسباب نجاح الدعوة)
  16. Mengenai perpecahan, fitnah, uzlah dan jamaah. (في الفرق والفتن والعزلة والجماعة)
  17. Kefahaman yang sohih adalah jalan kearah amal yang benar. (الفهم الصحيح سبيل العمل الصحيح)
  18. Kefahaman yang mendominasi dan kefahaman yang wajib. (الفهم السائد والفهم الواجب)
  19. Menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan kewajipan umat.                (الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر فرض من فروض الأمة)
  20. Menyalahi tujuan dan objektif Al-Quran lebih bahaya dari mengabaikannya.                               (أشد من هجران القرآن, مخالفة مقصوده ومناقضة أهدافه)
  21. Amal umum merupakan asa dan pendokong amal khusus. (العمل العام أساس العمل الخاص ورافده)

 - والله أعلم بالصواب -

NOTA RINGKAS TENTANG 'MENGETAHUI BAHAWA ISLAM ADALAH MANHAJ KEHIDUPAN'

 "Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." 

[QS ali-Imran:19]

"Dan Barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi." 

[QS ali-Imran:85]

Apa itu Islam?

"Dari Umar radhiallahu'anhu juga, dia berkata: Satu hari, ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang memakai baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam. Tidak nampak padanya pula bekas-bekas perjalanan jauh (safar) dan tidak ada seorang pun diantara kami yang mengenalinya. Kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kedua lutut Rasulullah saw. Diletakkan tangannya di atas pehanya. Kemudian dia berkata: "Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam?"

Maka bersabda Rasulullah saw: "Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah dan diikuti) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan engkau pergi haji jika mampu." Lelaki itu berkata: "Anda benar........"

[Riwayat Muslim] - 

(Sambungan hadith boleh rujuk Hadith kedua daripada hadith 40 Nawawi.)

Islam: Serahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt 100%.

Apa fokus Islam? ia ada 5 perkara:

  1. Syahadah
  2. Solat
  3. Zakat
  4. Puasa
  5. Haji bagi yang mampu
Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattab radhiallahu'anhuma, katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Islam dibina di atas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."

[Riwayat Tarmizi dan Muslim]
Apa sokongan Islam? 
  1. Jihad
  2. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar 
Ketahuilah, manusia tidak akan jumpa atau kenal diri sendiri melainkan diri dia sendiri yang cari tahu akan dirinya sendiri dan semua ini tidak akan terjadi sekiranya dia tidak berfikir.

Ada 3 jenis kehidupan yang Allah ciptakan:
  1. Malaikat
  2. Syaitan dan Jin
  3. Golongan yang melakukan kebaikan dan golongan yang melakukan kejahatan
2 Syariat Islam:
  1. Al-Qur'an 
  2. as-Sunnah
Islam dan Iman:
  1. Patuh kepada Allah swt
  2. Follow Allah swt dan Rasulullah saw
  • Iman itu apa? (Lihat Sambungan hadith kedua daripada hadith 40 Nawawi)
"Kemudian dia bertanya lagi: Beritahu aku tetang Iman". Lalu Baginda bersabda "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat. Dan Engkau beriman kepada qadar, samada yang baik mahupun yang buruk." Lelaki itu berkata: "Anda benar........"

[Riwayat Muslim] - 
(Sambungan hadith boleh rujuk Hadith kedua daripada hadith 40 Nawawi.)

Apa yang perlu kita faham akan Islam?

  1. Kita perlu malu pada Allah swt 
  2. Islam itu Indah
  3. Islam itu adalah ketenangan
  4. Islam itu adalah manis
  5. Islam itu penuh dengan keberkahan
Ciri-ciri manhaj Islam:
  1. Rabbani
  2. Syumul
  3. Wasatiyah
  4. Mudah diterima akal/ringkas
  5. Flexibal
..........

Sesungguhnya, Islam itu agama yang tidak memberatkan sesiapa sahaja yang mengikutinya.

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong."

[QS al-Hajj:78]

Boleh rujuk lagi dalam Al-Quran - Islam
  • QS al-Baqarah:112
  • QS an-Nisa':125
  • QS al-Jinn:14
  • QS Ghaffir:66
  • QS al-Maidah:3

 - و الله أعلم بالصواب -





15 September 2021

JOM KENAL DENGAN AL-QURAN 0.1

1/ Berapakah bilangan surah di dalam Al-Quran?
= 114 surah

2/ Berapakah juzu' di dalam Al-Quran?
= 30 juzu'

3/ Berapakah hizb di dalam Al-Quran?
= 60 hizb

4/ Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat?
= Malaikat Jibril

5/ Al-Quran diturunkan secara beransur-ansuran selama?
= 23 Tahun 

6/ Ayat pertama yang diturunkan?
= QS al-'Alaq:1-5

7/ Apakah nama surah yang bernilai sepertiga () Al-Quran?
= QS al-Ikhlas

8/ Apakah nama surah yang bernilai seperempat (¼) Al-Quran?
= QS al-Kaafiirun

9/ Ayat yang terpanjang di dalam Al-Quran adalah? Mengisahkan tentang?
= QS al-Baqarah:282, mengisahkan tentang hutang

10/ Apakah nama surah yang paling agung di dalam Al-Quran dan berapakah jumlah ayatnya?
= QS al-Fatihah:7

16 October 2019

SOLAT





BIL
KESALAHAN
BETUL
SALAH
1
Makhraj salah sehingga boleh ubah makna.
الحمد
(Segala Puji)
الهمد
(Segala binasa)
2
Baris pada ayat.
الرحمنِ
الرحمنُ
3
Tidak menjelaskan sabdu.
إيّاك
إياك
4
Terlampau menekan huruf sehingga mengubah makna.
غير
(Bukan)
خير
(Baik)
5
Berlagu VS Tajwid.
الذين - عليهم
الذينا - علايهم




1.         RUKUN-RUKUN SOLAT

Þ            Kesemua 4 mazhab utama dalam fiqh Islam seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali bersepakat dalam 6 rukun solat sahaja.
                  
1
Takbiratulihram.
2
Berdiri (bagi yang berkemampuan)
3
Membaca Al-Quran.
4
Ruku’
5
Bangkit daripada ruku’ dan I’tidal
6
Sujud dua kali bagi setiap rakaat.


MAZHAB  SYAFI’I (13)

1
Niat.
2
Takbiratulihram.
3
Berdiri dalam solat fardhu bagi yang berupaya melakukannya dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang atau dengan isyarat.
4
Bacaan Al-fatihah.
5
Ruku’ dengan tama’ninah.
6
I’tidal dengan tama’ninah.
7
Sujud dua kali dengan tama’ninah.
8
Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.
9
Duduk tasyahud akhir dengan tama’ninah.
10
Membaca tasyahud akhir.
11
Membaca selawat ke atas Nabi pada tasyahud akhir.
12
Membaca salam yang pertama.
13
Tertib.

 Þ     Rukun-rukun solat terbahagi kepada 3:

  • Rukun Qauli.
  • Rukun Qalbi.
  • Rukun Fi’li.



Ø  
RUKUN QAULI

·         Perlu dilafazkan di mulut dan didengari sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri.
·         Tidak sah solat kalau baca di dalam hati. Perlu dilafazkan.

1
Takbiratul ihram
اللّه أكبر
2
Membaca Al-fatihah
(Salah baca: Tak sah solat.)
3
Membaca Tahiyyat Akhir.

  • Bacaan Tahiyat Akhir.
  • Salam.
  • Syahadah. 



4
Selawat ke atas Rasulullah saw
اللّهمّ صلّ على سيدنا محمّد
وعلى آل سيدنا محمّد

5
Salam

                                                          

السّلام عليكم ورحمة اللّه
  •  Bacaan: Wajib
  •  Berpaling: Sunat
  • Salah baca: Sah solat tetapi dengan syarat ulang semula sebelum salam ke-2.

Ø    RUKUN QALBI

·      Niat.
·      Niat solat dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram.
(boleh juga dilafazkan jika mahu. Ia tidak merosakkan solat mahupun membatalkan solat. Solat tetap sah.)




Ø    RUKUN FI’LI

1
Qiyam. Berdiri dengan betul bagi yang berkemampuan.
2
Ruku’ dengan tama’ninah.
3
I’tidal dengan tama’ninah.
4
Sujud dua kali dengan tama’ninah.
5
Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.
6
Duduk tahiyyat akhir dengan tama’ninah.
7
Tertib.


2.         TEMPAT-TEMPAT YANG TIDAK DIGALAKKAN SOLAT.

                        i.       
Tempat pembuangan sampah atau najis.
                      ii.      
Tempat penyembelihan.
                    iii.       
Kawasan perkuburan.
                    iv.      
Di tengah-tengah jalan raya.
                      v.       
Bilik Air.
                  vi.      
Tempat perteduhan binatang.
                  vii.      
Di atas Ka’bah.

3.         SYARAT-SYARAT SAH SOLAT.

                        i.       
Islam.
                      ii.       
Suci daripada hadas.
                    iii.       
Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
                    iv.      
Menutup Aurat.
                      v.      
Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
                    vi.       
Menghadap kiblat.

4.         PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.      Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
2.      Bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali (melangkah atau berjalan).
3.      Berhadas kecil atau besar.
4.      Berkata-kata dengan percakapan luar solat.
5.      Terkena najis secara langsung yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.
6.      Membelakangi kiblat.
7.      Terbuka auratnya.
8.      Menambah rukun.
9.      Makan minum.
10.    Tertawa terbahak-bahak.
11.    Mengubah niat.
12.    Murtad.


5.         Perbezaan Sunat Hai’ah dan Sunat Ab’ad (Pendapat Mazhab Syafi’i)

Sunat Hai’ah
Jika ditinggalkan tidak perlu melakukan sujud sahwi.

Sunat Ab’ad
Jika ditinggalkan perlu ditampung dengan sujud sahwi.




Sunat Hai’ah
Sunat Ab’ad
Takbir untuk ruku’.
Doa Qunut (subuh).
Tasbih dalam ruku’.
Berdiri semasa membaca qunut.
Takbir untuk sujud.
Selawat atas Nabi di akhir qunut.
Tasbih dalam sujud.
Selawat ke atas keluarga Nabi di akhir qunut.
Takbir untuk duduk antara dua sujud.
Duduk tahiyat awal.
Takbir untuk duduk tahiyat awal.
Bacaan tahiyat awal.
Takbir untuk duduk tahiyat akhir.
Selawat ke atas Nabi dalam tahiyat awal.

Selawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.

TADABBUR RINGKAS SURAH YAASIIN

Ustaz Kamaru Salam Yusof Perkongsian bersama AMG   Muqaddimah 1 Ucapan Salam merupakan ucapan yang dijadikan oleh Allah swt sebagai ...